Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 10 September 2016

Boleh gugur kandungan jika positif Zika tapi...



Wanita beragama Islam boleh menggugurkan kandungan jika disahkan positif virus Zika, demikian kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Walau bagaimanapun, kandungan perlu berusia kurang daripada empat bulan kerana anak yang dikandung bakal mengalami kecacatan selain kesan kesihatan kepada wanita hamil.

Kenyataan itu memetik fatwa yang dikeluarkan oleh Dar al-Ifta’ al-Misriyyah pada 14 Mac yang lalu.

"Dibolehkan bagi janin yang belum mencapai 120 hari (4 bulan) setelah disahkan implikasinya kepada wanita berkenaan atau kecacatan kepada janin berkenaan.

"Manakala, bagi yang sudah mencapai 120 hari, ia tidak dibolehkan kecuali jika kehamilan itu berterusan mengundang masalah kepada kesihatan dan bahaya kepada kehidupan wanita berkenaan," kata pejabat itu dalam kenyataannya.

Pejabat mufti tersebut memberi penjelasan terhadap ketetapan tersebut berlandaskan qiyas kepada persamaan dengan kes thalassemia menerusi pendapat Majma’ Fiqh Islami.

"Boleh digugurkan janin jika kekal hidup akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga dan ahlinya. Ketika itu, harus menggugurkan janin mengikut kehendak kedua ibu bapanya.

“Maka, jika didapati janin tersebut mengalami bahaya yang tidak mungkin boleh dirawat, anak itu lahir dengan penyakit yang kekal, memberi kesan yang bermasalah dalam kehidupannya serta membebankan kepada keluarganya, maka ketika itu boleh digugurkan mengikut kehendak kedua ibu bapa.

"Kami lebih cenderung kepada pendapat Majma’ Fiqh Islami berkenaan penyakit thalassemia yang boleh diqiyaskan bagi isu virus Zika ini, jika sekiranya dapatan kajian dari pakar perubatan yang diyakini menunjukkan bahawa janin yang dijangkiti virus Zika boleh mengundang pelbagai bentuk kecacatan sehingga memudaratkan kehidupan keluarga serta bayi itu sendiri.

"Dalam keadaan seperti itu, persetujuan daripada kedua ibu bapa yang diberi kefahaman yang jelas bolehlah diambil kira untuk pelaksanaan pengguguran janin itu,” katanya lagi.

Penyakit Zika dikenalpasti di negara Uganda pada 1947 yang mana ia dibawa melalui nyamuk Aedes. Ia adalah nyamuk yang sama yang menyebarkan denggi dan chikungunya.

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.

Virus ini juga boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Malaysia mencatatkan kes virus Zika pertama apabila seorang wanita dari Klang, disahkan positif dijangkiti virus tersebut selepas pulang dari Singapura pada 21 Ogos yang lalu.

Kemudian dilaporkan jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di Malaysia tiga hari yang lalu adalah membabitkan lelaki tempatan berusia 61 tahun berasal dari Taman Public Jaya Likas, Sabah.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/boleh-gugur-kandungan-jika-positif-zika.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...