Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 11 September 2016

Kata Khalid ....PPBM tidak mampu tandingi kekuatan UMNO



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mampu menandingi kekuatan UMNO meskipun dinaungi bekas pemimpin UMNO yang hebat, kata bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ini kerana jumlah sokongan yang diperolehi PPBM itu adalah tidak sampai satu peratus berbanding 30 peratus sokongan terhadap UMNO BN.

“Kalau kita lihat hanya Mahathir, Muhyiddin, Kadir, Ainina, Khairuddin, itu sahaja orangnya dan kalau mereka tak bercakap, tak adalah isu, jadi itu gambarannya.

Kalau UMNO dia boleh bercakap dari wakil Kubang Pasu, Jerantut ada banyak bahagian, macam-macam lagi. Mereka ada kumpulan ada yang tersendiri.




“Ini bermakna tak sampai 1 peratus pun daripada kumpulan 30 peratus itu berminat dengan parti baru itu,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Secara dasar, undian daripada bangsa Melayu adalah 70 peratus dimana 30 peratus sokongan diberi kepada UMNO, PAS sebanyak 25 peratus, selebihnya 55 peratus adalah pengundi yang dikatakan stabil dan sukar untuk diubah.

“Daripada peratusan itu, jika ada parti baru sekalipun ia masih lagi tidak mampu mengalahkan UMNO sebagai pentadbir negara sehingga PRU ke 14.

“Cuma apa yang PPBM boleh lakukan adalah mereka hanya mampu untuk terus bising dan bising supaya isu yang dibawa tidak mati begitu sahaja,” tambah Khalid yang juga merupakan ahli parlimen BEBAS Bandar Tun Razak.

PPBM kini dipimpin bekas pemimpin tertinggi UMNO iaitu Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertindak menentang kerajaan yang kini dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/kata-khalid-ppbm-tidak-mampu-tandingi.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...