Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 1 September 2016

Ketepikan Perbezaan, Pastikan Perpaduan Dan Kebersatuan – TPM Zahid Posted: 30 Aug 2016 0


Ketepikan Perbezaan, Pastikan Perpaduan Dan Kebersatuan – TPM Zahid


KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Rakyat Malaysia harus mengetepikan perbezaan latar belakang demi memastikan perpaduan dan kebersatuan kaum di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata selain itu, rakyat juga perlu menjalin semula hubungan yang difikirkan retak untuk mencapai tujuan tersebut.

"Saya fikir kita harus renung semula tahap kesatupaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Mesej penting adalah untuk mengetepikan perbezaan-perbezaan latar belakang dalam kalangan kita," katanya di sini malam ini.

Beliau mengulas mengenai Amanat Merdeka 2016 yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Majlis itu dikelolakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata slogan 'Sehati Sejiwa' harus dihayati dalam menjalin perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita jalin semula hubungan yang retak jika ada. Satukanlah hati, satukanlah jiwa. Sehati sejiwa," katanya.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...