Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 11 September 2016

KU LI TARIK BALIK HASRAT BERUNDUR TERUSKAN PERJUANGAN



Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah membatalkan hasratnya untuk bersara dari menerajui UMNO bahagian itu serta menjadi wakil rakyat Gua Musang.

Beliau membuat keputusan itu selepas didesak seluruh ahli UMNO bahagian serta kelulusan usul sebulat suara dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian hari ini yang mahu beliau kekal sebagai Ketua UMNO bahagian itu dan terus menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, penarikan balik hasratnya itu juga kerana memikirkan keadaan politik selepas persaraannya dan keinginan rakyat yang mahukan beliau meneruskan perjuangan bersama UMNO.

“Saya akur dengan apa yang di usul itu demi menjaga keutuhan dan kekuatan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian itu di Bukit Chekati, di Gua Musang pada Sabtu.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh pernah beberapa kali menyuarakan hasrat untuk bersara daripada politik termasuk sebagai Ahli Parlimen Gua Musang.

Beliau berhasrat untuk bersara kerana menganggap perkhidmatannya sudah lama, termasuk menjadi wakil rakyat Gua Musang.

Tengku Razaleigh berkata, seseorang yang berkhidmat baik dalam parti atau wakil rakyat akan tiba masa untuk bersara, tetapi disebabkan permintaan ahli parti dan usul yang diluluskan dalam mesyuarat itu, beliau terpaksa memikirkan semula tarikh persaraannya.

“Saya tetap sayang rakyat Gua Musang dan menjadi seorang pemimpin ini memang susah kerana terpaksa memikirkan sepanjang masa untuk faedah rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding atau tidak pada PRU-14, bekas Menteri Kewangan itu berkata, jika itulah kehendak rakyat maka beliau tetap mempertahan kerusi Parlimen Gua Musang.

“Segala-galanya terletak di tangan rakyat Gua Musang dan saya bersedia menerima apa sahaja keputusan asalkan ia membawa kebaikan untuk semua,” katanya. -BNBBC

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/ku-li-tarik-balik-hasrat-berundur.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...