Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 10 September 2016

Mahathir Akan Buat Apa Saja Asalkan Dia Yang Untung - Tunku Abdul Rahman



Dalam senarai panjang musuh-musuh ciptaan Tun Dr Mahathir sepanjang beliau bernyawa, Tunku Abdul Rahmanlah antara musuh yang gagal beliau tumbangkan. Semuanya bermula sewaktu Mahathir yang pada ketika itu tewas di kerusi Parlimen Kota Setar, telah menghantar 8 helai surat terbuka kepada Tunku, menyelar cara Tunku mengendalikan insiden 13 Mei 1969.

Dengan biadabnya, beliau mendakwa, Tunku Abdul Rahman sebagai seorang Perdana Menteri yang lembik dan pada pemikiran jahatnya, beliau mendesak, Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatannya selaku Perdana Menteri. Akibatnya, Tunku serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO bertindak memecat Mahathir daripada UMNO.

Antara ungkapan Tunku Abdul Rahman yang sehingga kini masih diingati oleh ramai pihak adalah, "Mahathir ni orang muda, darah cepat naik sampai nafsu lebih berkuasa daripada akal. Orang macam Mahathir ni, akan buat apa juga cara asalkan kemahuannya tercapai walaupun terpaksa menjadi biadab."

Nyata ungkapan ini tidak pernah lari daripada kehidupan Mahathir. Kira-kira 16 tahun kemudian, sewaktu Tunku mempertikaikan banyak perkara tentang pentadbiran Mahathir, sekali lagi Tunku Abdul Rahman mengungkapkan ayat, "Mahathir ni akan buat apa saja asalkan dia mendapat keuntungan," ayat yang sama diungkapkan beliau, 16 tahun yang lalu.

Semasa mengungkapkan ayat ini, UMNO mula berhadapan dengan pergolakan dalaman akibat kemahuan Mahathir yang mahu menggantikan Tun Musa Hitam selaku Timbalan Presiden dengan Tun Ghaffar Baba. Malah, menurut seorang vateran UMNO, angkara Mahathirlah yang menyebabkan Tunku akhirnya memilih keluar daripada UMNO sehingga hari pemergiannya.

Pada ketika itu, wamai yang mendakwa, Tunku hanya bercakap akibat perselisihan faham lama mereka sejak tahun 1969. Rupa-rupanya, 31 tahun kemudian, Mahathir membuktikan kebenaran kata-kata Tunku Abdul Rahman.

Hari ini, Mahathir sanggup kembali bersama-sama bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usahanya mahu menjatuhkan kerajaan. Jika dahulu beliau begitu mencerca Anwar, hari ini, beliau sanggup menyembah Anwar asalkan bersama-sama beliau dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan Barisan Nasional.

Benar seperti yang diramalkan oleh ramai pihak yang mengatakan, Mahathir tidak akan berhenti daripada mencari sekutu demi mencapai hasratnya. Nafsu politiknya tidak akan punah selagi jantung mekanikalnya masih berdegup. Jadi tidak hairanlah apabila Mahathir sanggup bersekongkol dengan Lim Kit Siang dan kini Anwar asalkan apa yang dihajatinya tercapai.

Inilah Mahathir, manusia yang cukup diagungkan oleh para pentaksubnya sehingga mereka melihat, semua gerak geri Mahathir begitu maksum dan cukup suci. Walhal, beliau sanggup menggadaikan maruahnya asalkan kemahuannya tercapai, sama seperti apa yang pernah diungkapkan oleh Tunku Abdul Rahman, 45 tahun yang lalu.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/mahathir-akan-buat-apa-saja-asalkan-dia.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...