Secara peribadi, aku pernah berjumpa dengan allahyarham. Sekitar tahun 2002-2003 kalau tak silap. Ada dalam 7 kali. Masa aku tengah tak beberapa sihat.
Masa tu, aku sedih sangat. Aku tengok, keadaan aku sama je. Walaupun dah didoakan oleh allahyarham, diberi air penawar, aku masih lemah semangat. Hari2 menangis. Minum air dah berbotol2, keadaan masih sama. Dan disebabkan aku murung, mak aku pun jadi murung bertahun2.
Masa tu aku fikir... takkanlah tuan guru punya doa tak termakbul? Takkanlah besar sangat jin atau segala makhluk yang menghantui aku sampai tak terkalahkan?
Sehinggalah pada tahun 2008, semasa aku belajar di kolej dar al-hikmah. Sewaktu aku sakit lagi, aku didatangi oleh anak murid allahyarham yang berusaha memulihkan aku. Dan aku mula mendapat celik akal...
1. Nak sihat kena istiqamah amalan, biarpun sependek bacaan zikir. Tetapi dibuat hari2.
2. Nak sihat kena sakit dulu. Sakit maksudnya ialah... nak buang sakit tu memang sakit. Kena berperang dari dalam.
3. Orang takkan faham betapa sakitnya badan bila dibacakan ayat al-Quran, sakit bila berzikir atau mengaji sampai rasa nak pengsan, sakit bila cuba baca ayat Quran sampai mata berpinar, rasa nak pengsan. Tak.. orang takkan faham. Jadi.. diri sendiri kena kuat dan istiqamah dalam sakit.
4. Sehebat2 TGHD pun takkan boleh menyembuhkan... sebab kuasa menyembuh adalah dari Allah s.w.t. dan... Allah s.w.t takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri.
Dan dari situ aku baru tahu masalah aku. Masalah aku ialah mudah sangat mengalah. Mudah sangat lemah. Dan aku teruskan perjuangan hidup ini dengan mencekalkan hati aku.
Alhamdulillah, selepas menerima rawatan daripada anak murid allahyarham, aku beransur pulih... dan aku mula mendapat kekuatan untuk mempertahankan diri aku.
Sungguh, jasa allahyarham sangatlah besar untuk dunia keilmuan Islam dan juga perubatan Islam.
Damailah dikau bersama kekasihmu yang kau cintai, nabi muhammad s.a.w dan bersama di sisi
Tuhan yang kau abdikan diri selama ini.
Innalillahi wa inna ilaihirajiun.
Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment