Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 1 September 2016

Selangor hapus diskaun bumiputera 10 peratus beli pangsapuri..



Entah apa lagi yang tinggal untuk penduduk bumiputera di negari yang ditadbir pembangkang selepas Kerajaan Selangor menghapuskan pula diskaun bumiputera untuk membeli rumah pangsapuri mulai 1 September ini.

Dalam garis panduan itu, lapor Nanyang Siang Pau, 10 peratus diskaun bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO (rumah pejabat) dan Sovo (pejabat maya di rumah) akan dimansuh.

Bagaimanapun, kuota jualan 30 peratus untuk bumiputera akan diteruskan seperti biasa.

“Kerajaan Selangor akan umumkan butiran terperinci semasa melaksanakan garis panduan ini pada 1 September depan,” Exco Selangor (DAP) Datuk Teng Chang Khim dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, menurut Teng lagi, bawah garis panduan baru, harga jualan pangsapuri perkhidmatan ditetapkan antara RM250,000 hingga RM270,000 seunit serta RM230,000 seunit bagi SOHO dan Sovo.

Manakala kelayakan gaji pemohon pula dilapor dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM15,000 untuk satu isu rumah.

Bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada golongan berpendapatan bawah RM10,000.

Teng berkata garis panduan baru ini akan memberi manfaat kepada semua pihak, termasuk kerajaan negeri, pemaju dan pembeli – yang disifatkannya sebagai situasi “win-win-win”.

Sehingga berita ini ditulis, PAS yang merupakan rakan kongsi dalam kerajaan Selangor masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai langkah terbaru Exco DAP ini.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/08/itu-pun-ada-melayu-tak-sedar-lagi.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...