Penganjur BERSIH 5 nak adakann himpunan pada November depan.
Namun Pengerusinya Maria Chin Abdullah belum memutuskan tarikh dan lokasi himpunan itu.
“Kita akan ada BERSIH 5 pada November ini.
“Saya tidak akan beritahu kamu tarikhnya,” katanya ketika menunggu satu kes mahkamah membabitkan kumpulan Bersih 2.0 hari ini.
Tambah beliau, pihaknya akan mengadakan sidang media pada 14 September depan bagi mengumumkan tarikh itu.
BERSIH 5 diadakan untuk mendesak kerajaan menjelaskan isu saman sivil yang dibuat Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat melibatkan dana yang diambil daripada syarikat strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penganjur gerakan himpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos turut memberi amaran akan bertindak balas dengan mengadakan perhimpunan jika penganjur Bersih 2.0 bertegas hendak mengadakan Bersih 5.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, Bersih 5 boleh diteruskan selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman dan tidak menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Khalid turut memberi lampu hijau kepada perhimpunan Baju Merah, dengan syarat penganjur terbabit mematuhi peraturan di bawah Akta Perhimpunan Aman.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/tak-serik-bersih-nak-berhimpun-lagi.html
No comments:
Post a Comment