SHAH ALAM: Wacana anjuran Sinar Harian hari ini menjadi kecoh apabila seorang pengamal undang-undang Siti Zabedah Kassim membidas tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen pada Mei lalu.
Ketika sesi soal jawab dikelolakan Dr Yusri Mohamad, peguam Siti Zabedah Kassim adalah antara lima indidivu yang bangun bertanyakan soalan kepada barisan panel mempersoalkan mengapa orang Islam di negara ini dipaksa mematuhi Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
"Saya seorang Melayu dan seorang Islam tetapi kenapa saya perlu dikawal oleh orang-orang begini antara saya dengan Tuhan tetapi kenapa saya kena ikut cara Islam kamu. Saya tidak peduli sekiranya akta ini diluluskan (atau tidak) tetapi saya rasa dipaksa sebagai seorang Melayu-Islam di Malaysia," soalnya kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.
Siti turut menunjukkan isyarat lucah kepada hadirin wacana berkenaan setelah beliau mendapat reaksi buruk ekoran pertanyaan beliau terhadap Takiyuddin sebelum ditenangkan pihak penganjur.
Selain Takiyuddin, turut menjadi ahli panel adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ahli Parlimen Kepong Dr. Tan Seng Giaw dan Ketua Pasukan Pelaksanaan Dasar dan Undang-Undang Syariah MCA, Gan Peng Siau.
Rata-rata wacana anjuran akhbar Sinar Harian kali ke 41 ini membincangkan mengenai masa depan pelaksanaan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah 1965) yang bakal dibahas di Parlimen pada Oktober depan.
Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi, anggota parlimen Kuala terengganu, Datul Raja Kamarul Bahrin, ADUN Meru, Dr Rani Othman dan Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapa.
Hadi pada Mac lalu membawa usul untuk membuat pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah 1965) atau Akta 355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/wacana-sinar-harian-kecoh-ekoran.html
No comments:
Post a Comment