Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 9 October 2016

14 pemimpin Melayu Dalam DAP dibidas



KUALA LUMPUR: Semua 14 pemimpin Melayu DAP dibidas kerana hanya berdiam berhubung kenyataan Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi, yang membuat kenyataan menghina susulan kematian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din. Kredibiliti pemimpin Melayu DAP berkenaan turut dipersoal kerana dilihat terpesong dari landasan perjuangan kononnya mahu mempertahankan agenda Melayu menerusi parti itu. Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata setiap kali pemimpin DAP mencaci orang Melayu, pemimpin Melayu DAP akan memohon bagi pihak tanpa tindakan susulan.

"Sikap berdiam diri pemimpin Melayu berkenaan bagaikan tanda setuju terhadap penghinaan Jeff Ooi dan rakan DAP terhadap pemergian Allahyarham. "Mereka akan tetap memuja Teresa Kok, Nga Kor Ming dan Jeff Ooi dengan agenda mematikan semangat bangsa Melayu. "Malah, mereka yang mencaci orang Melayu dimartabatkan sebagai 'wira senyap' oleh pemimpin tertinggi DAP.

Tindakan Ooi dan rakannya menghina pemergian Allahyarham Haron membuktikan parti itu mempunyai pemimpin kanan berjiwa kebencian melampau terhadap orang Melayu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Razlan berkata, tindakan Ooi dan DAP itu akan mengikis tembok kesucian Islam dan sempadan budaya timur masyarakat Malaysia.


http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/14-pemimpin-melayu-dalam-dap-dibidas.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...