Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 7 October 2016

6,000 ahli baru dalam sebulan



Siapa kata UMNO kini kurang mendapat sambutan khususnya generasi muda?.Jumlah pendaftaran ahli baru untuk bulan Ogos jelas menunjukkan apa yang didakwa oleh pihak tertentu cuma temberang.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu dalam bulan Ogos baru ini saja seramai 6,000 orang telah mendaftar sebagai ahli baru.

Katanya dari jumlah itu 374 ahli biasa, 731 bagi ahli Wanita, Pemuda 2,716 dan 2,179 Puteri.

“Saya sebut perkara ini kerana ada parti dapat 30 ahli (baru) dikeluarkan (berita) muka depan akhbar. Sebagai perbandingan itulah hakikat bahawa parti UMNO masih mendapat sambutan orang ramai dengan menyertai parti kita,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

MT juga kata Najib telah mengambil maklum bahawa pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di universiti tempatan, pro Aspirasi telah mendominasi pemilihan kesemua 12 universiti dimenangi oleh pro Aspirasi.

“Ini gambaran positif, dasar kerajaan tetap diterima oleh generasi muda asalkan diberikan peluang menjelaskan kepada mereka dengan membuat ‘engagement’ dengan generasi muda,” katanya.

Sementara itu, MT UMNO pada hari ini memutuskan tarikh Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 akan diadakan bermula 29 November hingga 3 Disember depan.

“Taklimat Presiden pada 29 November pada Selasa diikuti majlis perasmian sidang pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

"Majlis Tertinggi juga putuskan supaya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merasmikan persidangan serentak kesemua sayap pada malam tersebut,” katanya.

Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri pula akan bermula pada 30 November dan Mesyuarat Khas MT akan diadakan pada sebelah malam.

Pada 1 Disember akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO hingga 3 Disember.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/10/siapa-kata-umno-dah-tak-popular6000.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...