Akhirnya Encik Azizan Osman Bersuara Isu Gelaran Dr Tipu
Masih lagi hangat dengan isu gelaran doktor falsafah yang digunakan oleh Encik Azizan Osman, akhirnya beliau sendiri bersuara mengenai dakwaan itu.
Beberapa minit lepas(semasa artikel ini ditulis), Azizan Osman di laman facebooknya bersuara dengan isu gelaran doktor tipunya itu.
Dalam posting di facebook Azizan Osman menyebut:
FOR IMMEDIATE RELEASEPRESS STATEMENTSHAH ALAM, September 29: In response to the Press Statement made by University Malaya, we would like to inform that we take this matter seriously. We have sought further clarification and the outcome of the inquiry will be communicated once the process has run its course.We acknowledge the inconvenience this may cause, nonetheless, we are committed to continue to deliver the highest value to our clients and partners.We are humbled by their loyalty and support and we will address this as efficiently as possible.UNTUK SIARAN SEGERAKENYATAAN MEDIASHAH ALAM, September 29: Merujuk kepada Kenyataan Akhbar dari Universiti Malaya, kami ingin memaklumkan bahawa kami mengambil perkara ini secara serius. Kami juga telah memohon untuk penjelasan lanjut dan sebaik sahaja proses ini berakhir, kami akan memaklumkan secara umum.Kami kesal di atas kesulitan yang mungkin berlaku dan kami tetap komited untuk terus memberikan nilai yang tertinggi kepada pelanggan dan rakan sekutu kami.Kami sangat menghargai kesetiaan dan sokongan mereka dan kami akan menangani perkara ini dengan sebaik mungkin.For further information, visit:Untuk maklumat lanjut, layari:
Richworks International Sdn BhdFacebook: Azizan Osman Official Page
Contact/Hubungi: Corporate Communications DivisionEmail: inquiries@richworks.com.my
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila pihak Universiti Malaya mengeluarkan satu kenyataan yang menyangkal berhubung status Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada Encik Azizan Osman.
Pihak Universiti Malaya menegaskan bahawa pihak mereka tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman.
Setelah kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Malaya itu viral di laman sosial ramai netizen mengecam teruk dengan tindakan Azizan Osman. Tidak kurang juga ada yang membela tindakan yang dilakukan oleh Azizan Osman itu.
http://www.blogammar.com/encik-azizan-osman-bersuara-isu-gelaran/
No comments:
Post a Comment