Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 10 October 2016

Aku rindukan Al Quran setelah aku murtad

Magdalena seorang wanita berusia 37 tahun. Muncul kemantapan hatinya untuk menentukan jalan hidupnya yang terasa sangat disesali atas pengalamannya selama ini. 

Magdalena lahir dari keluarga Muslim yang biasa. Dia mengikuti Pengajian Al-Quran di sebuah bandar di Jawa tengah.

Akibat cetek pengetahuan agama orang tuanya, Magdalena hanya mendapat pendidikan agama dari Pusat Pengajian Al-Quran, tempat dia belajar mengaji iaitu hanya cara membaca Quran.

Tanpa ada bimbingan akidah dan dasar dasar keimanan yang kuat, maka Magdalena cenderung untuk bergaul dengan rakan-rakan bukan Muslim. Persekitaran tempat dia tinggalnya juga majoriti bukan Muslim.

Pada usia remaja, Magdalena mula berani untuk pergi ke tempat ibadat agama lain dan tidak dilarang oleh orang tuanya hingga akhirnya dia berfikir bahawa semua agama adalah sama saja. Magdalena juga mempunyai kekasih  yang bukan Muslim. 

Selepas menamatkan persekolahan, Magdalena memberanikan dirinya untuk berbicara dengan orang tuanya agar mengizinkan dia untuk mengubah agamanya.

Ayah yang dahulunya tidak memperdulikan aktiviti anaknya akhirnya terkejut dan tersentak dengan pengakuan dari anaknya. Ayahnya menentang kras keinginan Magdalena untuk menjadi murtad. Namun dengan bantuan teman lelaki, Magdalena berjaya melarikan diri dari rumah dan menumpang di rumah teman lelaki tersebut.

Dari situ, Magdalena berubah menjadi Murtad. Sebenarnya, dia belum mengerti betul itu maksud keluar dari Islam. Semuanya dibutakan oleh cinta mendalam kepada kekasih hati.

Hari demi hari dilalui Magdalena dalam masa pembelajarannya, yang akhirnya dia menerima pinangan dari teman lelakinya dan perkahwinan tidak melalui perkahwinan agama pada tahun 2006 yang lalu ketika Magdalena berusia 32 tahun.

Namun masa berlalu dan akhirnya sedikit demi sedikit mulai terbukalah tabiat masing masing dan keburukan yang selama berkahwin yang membuat magdalena mula bertanya apakah ini jodohnya? Lalu bagaimanakah dia yang sudah membawa Magdalena kepada agama teman lelakinya. Dia bertanya pada dirinya, kenapa suaminya tidak mengajar tentang agama itu lagi? kemanakah jemaah-jemaah agama suaminya yang dulu sangat mengambil berat ketika mengetahui aku berpindah agama aku?

Sekarang, sang suami sudah mula memukulnya, mabuk dan berani menyimpan perempuan. Iya, kerana dalam agamanya yang dia anuti ini sifat buruk itu tidak dilarang, sebagaimana Islam sangat menjaga dan menguruskan secara total kehidupan manusia mulai dari bangun hingga tidur.

Di sinilah awal Magdalena mula mengingat kembali apa yang pernah dia pelajari dari kehidupan orang tuanya dulu. Hingga suatu hari suami Magdalena berkata akan menceraikannya kerana dia sudah tidak cantik lagi di samping itu ada wanita idaman lain yang memikat hati suaminya.

Bagai jatuh ditimpa tangga, Magdalena kehilangan pegangan dalam hidupnya. Dia cuba untuk mendatangi pemimpin agama yang dia anut ketika itu. Apa boleh buat, lebih baik bercerai, fikirnya. Dia cuba pindah tempat ibadah demi mencari ketenangan batin hingga akhirnya dia diusir dan harus mencari wang untuk cerainya diselesaikan di mahkamah. Disebabkan rumah tempatnya tinggal selama ini adalah milik suaminya, dia berfikir tidak ada hak untuk tinggal di sana.

Terjebak dalam keadaan yang sangat kelam, Magdalena murung. Dia kerap mengunci diri dalam bilik sewanya yang kecil, tidak mahu makan, dan enggan bersosial dengan jiran yang lain.

Sampai suatu hari, jiran sebelahnya sedang mengaji, membaca ayat suci Al-Quran, lembut dan perlahan dan Magdalena akhirnya cuba untuk mendengar, dan hatinya perlahan lahan mula terasa kesejukan dari lantunan demi lantunan ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh rakan sebelah bilik sewanya tersebut.

Akhirnya Magdalena memberanikan diri untuk berkenalan dan meminta rakan sebelah biliknya tersebut untuk membacakan ayat tersebut diulang dan diulang, dan diulang pada bahagian yang sama.

Setiap hari dia menunggu jiran sebelah biliknya tersebut pulang dari kerja dan diminta untuk membacakan ayat yang sama dan dibaca semula hingga akhirnya Magdalena boleh mengingatnya dan menirunya dan membaca sendiri,dan hafal.

Dia merasakan kelegaan yang luar biasa, Tuhan telah mengangkat beban hidupnya dan ini menjadi perkara baru dalam hidupnya. Sebuah kedamaian terhadap kegelapan semasa dia meninggalkan Al-Quran, kelamnya dunia saat dia meninggalkan Islam dan dirasakan Tuhan itu tetap ada dan terus menemaninya pada ketika tidak ada seorang pun yang mempedulikan dia, iaitu Tuhan Allah Subhana Wa Ta'ala.

Magdalena bertanya pada dirinya, apakah dia akan rindu jika tidak pergi ke tempat ibadah agamanya sekarang dan tidak juga tidak lenyap sepenggal ayat Quran yang dia sudah hafal. Dia cuba untuk satu minggu tidak ke tempat ibadah agama dia dan juga tidak ayat Quran masih dihafal, tidak ada perkara aneh yang berlaku. Hatinya biasa sahaja, dua minggu dia lakukan perkara yang sama.

Namun sekarang ada kegelisahan tersendiri, hatinya selalu mengucap hafalan Quran yang dia cuba untuk tidak diucapkan dalam dua minggu terakhir, sewaktu memasuki akhir minggu ketiga, akhirnya dia tidak berasa rindu untuk ke tempat ibadahnya yang sekarang ini.

Dia lebih rindu dengan bacaan Quran yang dia hafal, yang akhirnya membuat dia membuka komputer di internet, mencari bagaimana Islam, bagaimana menjadi seorang Islam dan bagaimana hidup sebagai Muslimah. Segala kisah hitam itulah yang akhirnya membawanya kepada Mualaf.com dan akhirnya menyertai sesi kaunseling dengan chatting dan bertemu dengan pembimbing  wanita mualaf.

http://detikislam.blogspot.my/2013/02/aku-rindukan-al-quran-setelah-aku-murtad.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...