Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 5 October 2016

Buku komunis... pegawai ITBM memalukan negara



Mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian memalukan negara ini harus dipecat.

Al kisah empat rakyat Malaysia termasuk pemimpin Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) milik kerajaan ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana buku bertajuk 'Manifesto Komunis'.

Kesemua mereka menyertai Pesta Buku Antarabangsa Indonesia ditahan polis dan diminta memberi keterangan di Balai Polis Daerah Metro Jaya.

Berita tersebut mendapat liputan besar-besaran oleh media di Indonesia.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim berkata, pada mulanya polis merampas buku yang bertajuk 'Manifesto Komunis' setelah terlihat lambang tukul dan sabit, disebut 'palu arit' yang diharamkan di Indonesia.

"Setelah soal siasat, polis berpuashati bahawa isi kandungan buku itu ialah menceritakan kisah kekejaman komunis yang membunuh lebih sejuta orang hanya kerana ideologi dan keempat-empat mereka telah dibebaskan dari sebarang tuduhan," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata, buku terbitan Thukul Cetak itu juga mencatatkan menifestasi Karl Marx dalam bahasa Melayu dan ia tidak mempunyai sebarang unsur negatif kecuali kulit buku yang mempunyai lambang komunis dan ia adalah sesuatu yang sensitif di Indonesia.

Pameran buku itu disertai oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)dan ketua pengarahnya Sakri Abdullah telah dibenarkan pulang pada Isnin setelah pasportnya diserahkan semula oleh Pejabat Imigresen Jakarta pada pukul 3 petang Isnin.

Tiga lagi yang telah dibenarkan berlepas pulang pada Ahad ialah penerbit buku itu, Zulfikri Zamir Mohamad Munir, Ketua Jabatan Buku Malaysia, Rozlan Mohd Noor dan Ketua Bahagian Pemasaran dan Jualan Buku, Khairul nizam Mohamad Yunis.

Pesta buku antarabangsa itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta mulai Khamis lepas dan berakhir Ahad itu disertai oleh 22 buah syarikat penerbitan buku dari Malaysia.

Zahrain berkata, bagi pihak kerajaan, Kedutaan Besar Malaysia mengucapkan terima kasih kepada polis Indonesia.

Katanya, bagaimanapun, dalam masa yang sama ITBM perlu lebih sensitif dan harus memahami undang-undang sesebuah negara sebelum membawa buku-buku dari Malaysia untuk dipromosi atau dijual.

"Kita harus tahu perkara-perkara yang sensitif disesebuah negara dan ITBM seharusnya meletakan satu standard piawaian (SOP) kepada penerbit buku mengenai buku yang boleh dan tidak boleh dijual di luar negara," katanya.

Indonesia mengharamkan semua lambang, risalah atau buku yang berunsur propaganda dan simbol ideologi komunis dan pihak berkuasa pernah menahan pelancong asing yang mengenakan pakaian mempunyai lambang 'palu arit' di negara itu.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/10/buku-komunis-pegawai-itbm-memalukan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...