Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 17 October 2016

Di Akhir Zaman, 1 Orang Lelaki Diikuti 40 Wanita


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al 'Alaa' telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Buraid dari Abu Burdah dari Abu Musa radliallahu' anhu dari Nabi Shallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Pasti akan datang pada manusia suatu zaman yang ketika seseorang berkeliling membawa shadaqah emas, lalu dia tidak mendapati seseorang yang mahu menerimanya lagi. Lalu akan kelihatan seorang orang lelaki akan diikuti oleh empat puluh orang wanita yang mereka mencari kepuasan dengannya kerana kurangnya jumlah lelaki dan ramainya wanita."

Dalam hadis lain, dari Anas Ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Di antara tanda-tanda kiamat adalah berkurangnya ilmu, munculnya kebodohan, tersebarnya zina, ramai wanita dan kurangnya lelaki sehingga lima puluh wanita mempunyai satu lelaki" ( HR Bukhari )

Hadis ini nampak jelas sekali serupa dengan hadis Nabi yang menjelaskan bahawa hampirnya kiamat, akan ada banyak perzinaan. Perzinaan itu tidak akan berlaku kecuali jumlah wanita lebih ramai berbanding lelaki. Akhirnya, setiap lelaki mempunyai empat puluh hingga lima puluh wanita sebagaimana disebutkan dalam hadis tersebut.

Dikatakan bahawa pada masa itu, seorang lelaki berbanding empat puluh hingga lima puluh wanita. Setiap kali para wanita itu menjumpai lelaki, mereka akan mengatakan, "Nikahilah aku, nikahilah aku!"

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

http://detikislam.blogspot.my/2014/03/di-akhir-zaman-1-orang-lelaki-diikuti.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...