Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 8 October 2016

Isu Jeff Ooi... Guan Eng jangan nak cuci tangan - PAS



PAS memberi amaran kepada DAP dan Lim Guan Eng jangan sesekali cuba ‘cuci tangan’ dalam isu Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang mempersendakan kematian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, baik DAP mahupun Guan Eng selaku Setiausaha Agung kepada parti itu, kedua-duanya tidak boleh melepaskan diri kerana Jeff Ooi merupakan wakil rakyat DAP.

“Guan Eng dan DAP tidak boleh melepaskan diri kerana Jeff Ooi adalah pimpinan dan Ahli Parlimen DAP,” tegasnya yang dipetik akhbar Utusan.

Muhammad Khalil mengulas keengganan Guan Eng dan DAP memohon maaf kepada keluarga Allahyarham atas kebiadaban Jeff Ooi walaupun pelbagai pihak mendesak parti tersebut segera berbuat demikian jika masih ada maruah.

Sebaliknya, Guan Eng menerusi kenyataan akhbarnya hanya sekadar melahirkan kekesalan jika keluarga Haron tersinggung dengan kenyataan Jeff Ooi selain menyifatkan catatan di Twitter Ahli Parlimen Jelutong itu tidak mewakili parti.

Ditanya langkah susulan yang diambil PAS selepas ini, anak kepada Presiden PAS itu memberitahu, Pemuda PAS akan membuat laporan polis ke atas Jeff Ooi di seluruh negara.

“Untuk tempoh sekarang kita dah serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan tindakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, di KUALA TERENGGANU, Pesuruhjaya PAS negeri, Satiful Bahri Mamat mempersoal apakah dosa Haron dan keluarganya kepada Jeff Ooi sehingga wakil rakyat DAP itu menjadi sebegitu biadab.

Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, beliau pelik bagaimana seorang wakil rakyat sanggup mengeluarkan kenyataan biadab itu sehingga mengguris perasaan umat Islam terutama keluarga Allahyarham.

“Saya tak faham, kenapa dia tergamak kata begitu. Sedangkan sebagai seorang wakil rakyat, dia kena hormati dan sentiasa jaga sensitiviti penganut agama lain.

“Macam mana dia boleh jadi wakil rakyat saya pun tak tahulah. Orang macam ini tak sepatutnya dipilih oleh rakyat menjadi pemimpin,” katanya.

Beliau seterusnya mengulangi desakan PAS dan seluruh umat Islam di negara ini agar Jeff Ooi segera menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

“Ramai sedia maklum, Allahyarham adalah seorang tokoh ulama yang dihormati bukan saja kalangan masyarakat Islam sama ada dalam atau luar PAS, tetapi juga bagi penganut agama lain di negara ini.

“Malangnya, Ahli Parlimen Jelutong ini seolah-olah sengaja ingin menimbulkan kemarahan umat Islam yang akhirnya dikhuatiri boleh membawa kepada ketegangan kaum,” ujarnya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/isu-jeff-ooi-guan-eng-jangan-nak-cuci.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...