Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 8 October 2016

Keluarga Perjelas Isu TG Haron Din Kebumi di AS

Keluarga Perjelas Isu TG Haron Din Kebumi di AS

Keluarga Perjelas Isu TG Haron Din Kebumi di AS

Pemergian Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din baru-baru ini sangat mengejutkan dunia. Tanggal 16 September 2016 jam 10.10 pagi waktu Malaysia, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University US.
Ramai yang bersedih atas kehilangan ini, dan ramai juga yang mempertikai kenapa tidak dikebumikan di Malaysia setelah beberapa kemudahan dan bantuan telah dihulurkan.
Dr Huda Haron iaitu anak kepada Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din memperjelaskan Isu TG Haron Di dikebumikan di AS.
Ucapan itu dimuat naik dalam entri ke akaun Facebook milik Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din (Official) kira-kira jam 8.30 pagi.
 
Dalam nukilan panjang lebar penuh emosi dari California itu, Dr Huda berkali-kali memohon maaf kepada keluarga, pelajar bapanya, sahabat dan kepemimpinan tanah air atas keputusan keluarganya mengebumikan Allahyarham di luar negara.
 
Katanya, mereka lima beradik bersama ibu sepakat dengan keputusan itu selepas mengambil kira pesanan Allahyarham yang mahu dikebumikan di tempatnya meninggal dunia.
 
“Semasa hayat baba, teringat suatu ketika nak bawa mayat dari Kuala Lumpur ke Perlis pun baba takkan izin. Inikan pulak berjam-jam malah berhari-hari dalam peti ais. Pulak tu perlu melalui ’embalm’ (pengawetan) yang pastinya menyeksakan segenap urat saraf.
 
“Walaupun ramai yang telah menghulurkan bantuan untuk urusan dibawa pulang, tapi jangkamasa 7 hari suatu yang tidak dapat kami terima untuk biarkan baba tanpa penghormatan dan kemuliaan yang sepatutnya.
 
“Hatta jika tanya hati kecil saya yang memang mementingkan diri sendiri, tentunya saya mahu baba dekat bersama-sama kita. Biar ingatan tidak padam sampai bila-bila kerana batu tandanya dekat dengan kita. Biar kita mampu ziarah hari-hari. Biar semua yang lain dapat ziarah berkali-kali. Biar ada depan mata.
 
“Itu kehendak kita dan saya rasa juga kehendak ramai lagi yang sayangkan baba. Tapi apakah keputusan itu tepat untuk baba?
 
“Menyegerakan pengendalian dan penyelenggaraan jenazah juga dituntut syara’. Kita rasa baba milik kita, sebenarnya baba milik Allah,” katanya sambil mengulangi permohonan maaf keluarga di akhir catatan itu.

http://www.blogammar.com/tg-haron-din-kebumi-di-as/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...