Walaupun DS Najib dihina dimaki dicaci oleh Mahathir setiap hari dari setiap sudut sehingga cuba mempengaruhi pihak istana untuk menumbangkan Perdana Menteri....
Namun DS Najib tabah dan istiqamah dengan apa yang telah beliau lakukan dan yang telah diilhamkannya selama ini.
Najib juga adalah pewaris kepada perjuangan pemimpin yang terdahulu yang telah banyak berkorban untuk memastikan kedaulatan negara sentiasa terjaga.
Apa yang paling menarik dalam tindakan DS Najib sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri, beliau tetap mahu meneruskan cita-cita Mahathir untuk melihat Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020...
Namun usaha ke arah itu menjadi berliku dan sukar apabila Mahathir sendiri yang cuba mensabotaj dan merosakkan misi menuju Wawasan 2020.
Perlukah DS Najib meneruskan misi Mahathir ini? Sekiranya ikutkan nafsu amarah DS Najib mungkin sudah lama usaha tersebut dihentikan.
Akan tetapi jika melihat dari sudut positif ke arah perkembangan ekonomi negara, DS Najib sanggup menggalas tugas tersebut.
Tahniah DS Najib andalah wira kami!! Semoga terus tabah dan bersabar dalam usaha menjadikan Malaysia terus berdaya saing dimata dunia.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/najib-berjiwa-besar-teruskan-misi.html
No comments:
Post a Comment