Kuala Lumpur: Kecaman diterima daripada netizen khususnya pengguna Islam menyebabkan pemilik syarikat Ninja Joe akur untuk menukar nama burger daging babi ‘P Ramly’.
Berdasarkan kenyataan dalam Facebook rasmi syarikat itu, menu baru yang dikeluarkan sempena sambutan Hari Merdeka itu tidak pernah diambil sempena nama seniman negara Tan Sri P Ramlee.
Sebaliknya nama itu diambil bagi memberi penghormatan kepada Ramly Burger yang sudah lama bertapak di Malaysia.
“Ia sudah menjadi ikon. Ia penghargaan buat mereka,” katanya dalam kenyataan.
Ia ditambah dengan penjelasan P itu membawa maksud Pork (babi) dan secara penuhnya, Pork Ramly dan nama itu yang dikaitkan dengan Tan Sri P Ramlee berlaku secara tidak sengaja.
No comments:
Post a Comment