Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 2 October 2016

Sedihnya Bila Agong Tidak Peduli Mahathir

Ketika Nazri Aziz membuat komen menyatakan Mahathir hanya membuang masa YDP Agong untuk bertemu dengan baginda, ramai pula yang menempelak Nazri tanda tidak menyukai kenyataan yang dibuat oleh Nazri Aziz itu.

Mereka melihat kononnya ia datang dari ego seorang Menteri UMNO.

Namun dari kesemua mereka amat sedikit pula yang mengambil intipati apa yang diucapkan oleh Nazri Aziz itu perkara yang benar ataupun tidak.

Kerana sudah berpihak dan benci kepada Nazri dan menyanjung Tun Mahathir membuta tuli, maka tiada ruang untuk berfikir lagi.

Sebenarnya , apa yang dinyatakan oleh Menteri UMNO itu banyak kebenarannya.

Negara kita tidak mengamalkan sesuatu “demand” atau “kehendak” seperti yang dimahukan oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir melalui pengumpulan tandatangan.

Perdana Menteri Malaysia naik melalui sistem undi dan parti mana yang banyak jumlah kerusinya.

Bahkan parti yang jumlah kerusinya sedikit pun, pemimpinnya boleh jadi Perdana Menteri jika komponen yang lain sanggup bersatu dalam penjumlahan kerusi.

Maka parti yang banyak kerusi sudah tentulah mahukan wakil dari parti mereka yang memimpin, walaupun memberi sokongan kepada parti yang jumlah kerusinya sedikit itu "legally right", namun amat jarang bahkan belum pernah berlaku lagi di Malaysia.

Ketika Barisan Nasional menang PRU13, pihak pembangkang telah bermain persepsi bahawa mereka telah menang "popular vote” dan BN katanya telah tewas.

Tetapi mereka lupa, sistem pemilihan berdasarkan kerusi dan bukan "popular vote".

Parti parti berlawan untuk mendapat penjumlahan kerusi, dan bukan "popular vote".

Jika Raja Petra menyatakan bahawa Mahathir terduduk diam ketika ditanya oleh Yang Dipertuan Agong, maka hal itu ada kebenarannya.

Masakan tidak, Mahathir mendakwa ada 1.4 juta tandatangan deklarasi tetapi apakah perkara itu sahih kerana sudah ada pihak mendedahkan pangkalan data palsu yang digunakan.

Yang Dipertuan Agong juga hanya berjumpa Mahathir di Istana Anak Bukit dan bukannya di Istana Negara. 19 Mei 2016, Mahathir mendakwa Agong dikenakan tahanan rumah oleh kerajaan.

Mahathir dakwa pada masa itu, beliau gagal menyerahkan tandatangan 1.4 juta itu kepada Yang Dipertuan Agong. Terbukti dakwaan itu tidak benar bila Yang Dipertuan Agong hadir pada satu program lain pada masa itu.

Kali ini, barangkali Mahathir terdiam kerana membuat tuduhan liar tersebut terhadap Yang Dipertuan Agong. Terdiam bermakna Mahathir sendiri tahu dia silap. Tetapi di hadapan penyokongnya, Mahathir tidak pernah mengaku silap.

Berbalik kepada kisah diatas, amat malang bagi mereka yang menyokong Tun Mahathir secara membabi buta, mereka terlupa tindakan Tun Mahathir itu sebenarnya satu tindakan bodoh dan sia sia.

Tun Mahathir lebih tahu dan masak berkenaan sistem negara dan apa yang cuba dilakukan oleh Tun Mahathir berkenaan serahan 1.4 juta lebih tandatangan kepada YDP Agong hanyalah mahu mendapat “political mileage” , atas sebab mahu menunjukankan bahawa isu yang dia bawa amat lah berat dan serius.

Ia semata mata kerana mahu Datuk Seri Najib dilucutkan jawatan Perdana Menteri.

Kenapa tindakan Tun Mahathir diangap sia sia dan buang masa?

Jawapan nya sangat mudah.

Jika Tun Mahathir berjaya dengan apa yang dia kehendaki hanya dengan membawa 1.4 juta lebih tandatangan, apakah UMNO tidak boleh membawa 1.4 juta tandatangan dan mengadap Tuanku mahukan Tun Mahathir di penjarakan kerana sabotaj?

Atau kerana korupsi dan penipuan ketika menjadi Perdana Menteri?

Tindakan Mahathir jika dilayan oleh Baginda Tuanku, maka ia akan “set Precedent” kepada tindakan lain.

Jika tandatangan boleh turunkan Perdana Menteri, esok Perdana Menteri yang Tun Mahathir naikkan, akan diturunkan dengan cara sama, iaitu seseorang hanya perlu mengumpulkan tandatangan sahaja untuk mengadap Duli Tuanku.

Apa alasan Tuanku menolak jika , telah pernah menerima isu yang sama?

Itu sebab dikatakan sia sia dan buang masa Tuanku YDP Agong oleh Nazri Aziz.

Sambil itu tanpa disedari, Tun Mahathir telah menghina rakyat, mereka dibodohkan untuk berkempen dan berkerja untuk menangkan parti, lalu turun mengundi, tetapi orang seperti Tun Mahathir hanya perlu membawa petition tandatangan sahaja untuk memperbodohkan semua rakyat yang turun mengundi kerana undi mereka batal kerana tandatangan yang dibawa oleh Mahathir.

Mahathir juga menghina parti Pribumi nya sendiri kerana sedang sibuk mencari ahli dan mengedar borang keahlian sedangkan Perdana Menteri boleh diturunkan hanya dengan tandatangan.

Bubar sahajalah parti Pribumi itu.

Pada keseluruhan hal ini terlalu jelas isu 1MDB yang selama ini dijaja oleh Tun M , hanyalah satu temberang besar sahaja, apabila kedaaan terdesak Tun Mahathir melihatkan ia bukan kerana 1MDB tetapi kerana hal hal lain.

Amat benar seperti kata seseorang, semakin Najib berjaya “drag” isu Mahathir dengannya selama lama mungkin, maka semakin akan terdedah bahawa Mahathir ada agenda lain dan 1MDB itu hanya satu “skim Ponzi” ciptaan Mahathir untuk pikat dan umpan rakyat sahaja.

Dan nyata sekali Mahathir sendiri sudah lari dari skrip ciptaan sendiri, yang tidak boleh pun cuba dibolehkan nya, semua yang dulu diludah kini dijilatnya kembali tanpa rasa malu dan segan.

Mahathir disinis dan diperli tanpa sedar oleh YDP Agong, mengizinkan Tun Mahathir mengadap juga satu tempelak kepada Mahathir, bahawa bohong Mahathir kepada rakyat bahawa baginda berada dalam “house arrest” telah dijawap, tanpa disedari.

Sungguh sedih, orang setaraf Mahathir tidak dipedulikan oleh YDP Agong.

Tulisan : 

Beruang Biru
BB49, Isnin
19 September 2016

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...