"Sebaik-baik wanita adalah yang jika engkau melihatnya, akan membahagiakan dirimu, jika engkau memerintahnya akan mentaatimu dan jika engkau tidak berada di sisinya dia akan menjaga hartamu dan dirinya sendiri."(HR. Ibnu jarir dan Nasa'i)
Dalam berumah tangga, seorang isteri menjadi bidadari untuk suaminya agar senantiasa dicintai dan disayangi suami. Bertanggungjawab menjadikan rumah tempat tinggal keluarga menjadi syurga bagi suami dan anak-anak.
Oleh kerana itu, untuk mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku dalam berumah tangga, seorang isteri solehah haruslah boleh menjadi bidadari bagi suaminya dengan cara:
1. Melegakan hati bila melihat. Hal tersebut terdapat dalam hadits Ibnu Majah dari sahabat Abu Umamah Al-Bahily: "Bagi seorang mukmin lelaki, sesudah taqwa kepada Allah, maka tidak ada sesuatu yang paling berguna bagi dirinya, selain isteri yang solehah, iaitu taat bila diperintah, melegakan bila dilihat, menerima bila diberi janji dan menjaga kehormatan dirinya dan suaminya ketika suaminya pergi." (HR. Ibnu Majah)
2. Boleh diberi amanah. Rasulullah saw bersabda: "Ada tiga macam keberuntungan, iaitu yang pertama isteri solehah, kalau kamu lihat melegakan dan kalau kamu keluar, dia amanah serta menjaga kehormatan dirinya dan hartamu..... " ( HR. Hakim )
3. Isteri solehah mampu memberikan suasana teduh dan ketenangan berfikir dan berperasaan bagi suaminya. Allah SWT berfirman,''Di antara tanda kekuasaan-Nya, iaitu Dia menciptakan pasangan untuk diri kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat memperoleh ketenangan bersamanya. Sungguh di dalam hati yang demikian itu merupakan tanda-tanda (kekuasaan) Allah bagi kaum yang berfikir.'' (QS Ar Rum: 21).
4. Membantu memelihara akidah dan ibadah. "Barang siapa diberi oleh Allah isteri yang solehah, maka sesunggunya dia telah diberi pertolongan oleh Allah meraih separuh agamanya. Kemudian hendaklah dia bertakwa kepada Allah di dalam memelihara separuh lainnya." (HR. Thabrani dan Hakim)
Itulah beberapa tugas isteri solehah agar menjadi bidadari untuk suaminya, tidak hanya bidadari untuk suami tapi juga bidadari di syurga.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
http://detikislam.blogspot.my/2014/03/wahai-wanita-jadilah-bidadari-syurga.html
No comments:
Post a Comment