Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 8 October 2016

Yang Dipertuan Agong beritahu PM mengenai pertemuan dengan Dr Mahathir



Sedikit sebanyak kisah apa jadi semasa Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang Dipertuan Agong untuk serah Deklarasi Rakyat yang dinaunginya pada 15 September lalu kini ' sudah keluar'.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberitahu kepada beliau mengenai pertemuan yang berlangsung di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah itu.

Dalam satu kenyataan Rabu malam,Perdana Menteri kata Yang Dipertuan Agong telah beritahu bekas Perdana Menteri itu bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Dalam pertemuan itu, baginda mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir.

"Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong turut menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat oleh PPBM," kata Najib.

Perdana menteri berkata, ini kerana deklarasi dibuat PPBM tidak mengikut perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan.

Najib tidak memberitahu bila beliau mengadap Yang Dipertuan Agong.

Namun dipercaya ia semasa majlis mengadap mingguan sebelum Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat kabinet Rabu.

Dr Mahathir sendiri setakat ini terus membisu mengenai pertemuan beliau dengan Yang Dipertuan Agong.

Blogger Raja Petra mendakwa beliau dapat maklumat bekas Perdana Menteri itu cuma bawa Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh 45 orang yang hadiri majlis pelancaran deklarasi itu saja dan bukan lebih sejuta yang didakwa dikutip.

Beliau dakwa bahawa pertemuan itu adalah satu kegagalan bagi Dr Mahathir kerana ia tidak capai apa yang diharapkannya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/yang-dipertuan-agong-beritahu-pm.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...