Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 10 November 2016

DONALD TRUMP MENANG - PEMBANGKANG MALAYSIA MALU BESAR !


MiM tertarik dengan keputusan pilihanraya USA yg terbaru di mana Donald Trump telah menang dan menjadi Presiden USA ke-45.




Menariknya ialah kemenangan Trump dari parti Republikan ini dilabel sebagai satu kejutan oleh koglomerat media terbesar di USA terutamanya CNN.

Sesiapa yang mengikuti secara langsung di dalam televisyen sudah pasti menjadikan CNN sebagai rujukan untuk mengetahui apa yang berlaku dan CNN menyediakan platform secara langsung 24 jam 7 hari seminggu dengan pelbagai berita, forum, temuramah, ramalan dan sessi statistik di dalam bilik berita yang menarik.

Dan setelah kita mengikuti siaran CNN ini, kita juga dapat mengagak CNN lebih berpihak kepada Hillary Clinton dengan pihak pemberita dan moderator forum-forum cenderung untuk mempopularkan dan mempertahankan lawan Donald Trump ini.

Sogokan media CNN ini hingga menyebabkan kita pun pada awalnya percaya bahawa Hillary Clinton akan menang.

Dalam masa yang sama, dunia menganggap bahawa USA adalah negara yang paling civilised, matang dan liberal. Kemenangan Barrack Obama, seorang kulit hitam sebagai Presiden USA ke-44 menguatkan lagi andaian bahawa rakyat USA tidak lagi rasis dan hanya sebagai 'American'.

Andaian 'bukan rasis' ini meleset sama sekali dengan kemenangan Donald Trump. Majoriti kaum kulit putih USA telah mengundi Donald Trump dan mereka ini terdiri daripada rakyat yang tinggal di kawasan yang tradisinya milik Demokratik, kawasan industri lama dan kawasan pendalaman.

67% kaum kulit putih tiada pendidikan kolej dan  49% kulit putih berpendidikan kolej membentuk majoriti undi yang berpihak kepada Donald Trump.


Hillary Clinton pula mendapat sokongan daripada majoriti penduduk minoriti USA.


 



Negara USA yang 'paling demokratik' ini pun ada perbezaan polarisasi kaum yang nyata.

Hillary juga mendapat 59,916,416 undi (47.7%) berbanding dengan Trump yang mendapat 59,690,923 undi (47.5%).

Ini bermaksud undi popular Hillary Clinton adalah lebih tinggi daripada Donald Trump. Tetapi Trump mendapat sokongan 290 konstituensi, lebih banyak jika dibandingkan dengan Clinton (232 konstituensi).




Dan jika ianya kekal begitu, Trump merupakan Presiden USA yang kelima menjawat jawatan dengan undi popular yang kurang daripada lawannya.

Tetapi, walaupun undi popular Hillary Clinton lebih daripada Trump tetapi Hillary menerima keputusan pilihanraya yang tidak berpihak kepada beliau.

Sikap matang Clinton ini jauh berbeza dengan sikap kebudak-budakkan puak Pembangkang negara Malaysia yang masih lagi membebel dan mengungkit undi popular yang mereka dapat pada PRU yang lepas.

Sungguh memalukan !

Kesimpulannya, kemenangan Trump ini lebih banyak berkisar kepada sikap rakyat USA yang memberi peluang kepada Trump untuk menyelesaikan permasalahan harian dan ekonomi mereka. Bagi mereka, Trump adalah seorang bilionaire yang berjaya, maka mereka mungkin beranggapan bahawa Trump akan dapat membantu mengubah nasib mereka.

Cubalah kita bayangkan, rakyat negara maju seperti USA ini memilih calon dan parti yang dianggap akan dapat membantu mereka.

Malaysia pula sudah mempunyai parti dan kerajaan persekutuan yang memang berkhidmat untuk rakyat bukannya seperti puak pembangkang yang banyak retorik, kaki kitar balik isu dan dibiayai oleh Soros Yahudi. Parti cauvinis DAP pula adalah rasis, korup dan mesra pemaju zalim kepada rakyat.

http://novandri.blogspot.com/2016/11/donald-trump-menang-pembangkang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=feed:+blogspot/jcvmw+(dr+mim)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...