Ia sepatutnya satu sidang akhbar.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali memanggil wartawan ke pejabatnya di Kuala Lumpur petang Rabu untuk mengulas tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya yang dianggapnya ‘amat berat’.
Namun senarionya lebih macam satu ceramah.Beliau bercakap dengan panjang lebar termasuk meluah rasa,menceritakan hubungannya dengan bekas Perdana Menteri itu dan latar belakang perjuangannya dalam PERKASA.
Ini gara-gara Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu Selasa semalam menuduhnya seolah terima ‘dedak’ dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bila mengulas hajatnya hendak mempelopori 50 orang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihanraya umum ke 14.
Dr Mahathir juga kata beliau malu bersahabat dengan Ibrahim kerana sekalipun mereka rapat tetapi beliau (Ibrahim) tidak menyertai PPBM dan memperlekehnya sebagai berpura-pura dalam perjuangan untuk orang Melayu.
Sepanjang lebih sejam bercakap dalam sidang akhbar itu nampak jelas seolah beliau hendak menyembunyikan rasa marah dan kecewanya terhadap tuduhan Dr Mahathir itu dengan beberapa kali berkata beliau akan terus menghormati bekas Perdana Menteri itu sebagai negarawan seperti dulu.
Bagaimanapun sepanjang bercakap itu beliau berberapa kali ‘terlepas cakap’ mengunakan ayat-ayat pedas seperti ‘jangan jolok sarang terbuan’…rasa terhina dengan tuduhan serta memperlekeh balik penubuhan parti PPBM.
Malah beliau turut mendedahkan bahawa PERKASA telah ‘dirobek2’ dengan tawaran jawatan oleh PPBM pada ahlinya.
Katanya sekalipun beliau tidak menyekat ahli PERKASA hendak menyertai PPBM tetapi kalau PPBM kuat sangat kenapa perlukan PERKASA.
Ibrahim dengan tegas menafikan beliau ada terima sebarang habuan dari Najib konon untuk memenangkan calon BN masa PRU14 nanti dengan cadangan hendak memasang 50 orang calon Bebas.
Katanya beliau sudah lama tidak jumpa Perdana Menteri.
Hajat berkenaan diumum beliau dalam sidang akhbar selepas perhimpunan agung tahunan PERKASA Ahad lalu.
Beliau menjelaskan pengumuman itu dibuatnya lanjutan dari hasrat sebilangan sahabatnya yang berhasrat hendak bertanding calon Bebas pada PRU14.
Katanya ia tidak ada kena mengena dengan BN atau komplot untuk memenangkan BN menerusi ‘ pecah undi’.
Ibrahim berkata beliau tetap akan bertanding sebagai calon Bebas di Kelantan.
Katanya ia bukan sesuatu yang baru kerana sebelum ini pun pernah bertanding sebagai calon Bebas di Pasir Mas.
Ibrahim juga tegas bekata beliau tidak akan menyertai PPBM kerana ia berkerjasama dengan DAP dan menerima agenda reformasi Pakatan Harapan.
Katanya pendirian itu sudah dinyatakan sendiri kepada Mahathir sebelum ini dimana Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir sekali.
Beliau juga mengimbas kembali bagaimana Dr Mahathir dulu berulangkali mengingatkan mereka agar menentang DAP dan Pakatan.
Presiden PERKASA itu kata beliau bukan saja tidak boleh terima DAP tetapi juga MCA dan MIC.
Serentak dengan itu Ibrahim mempersoalkan keperluan PPBM ditubuhkan jika ia berkerjasama dengan DAP dan menerima agenda reformasi Pakatan Harapan.
Katanya jika begitu lebih baik sahaja semua mereka masuk PKR dan tidak payah tubuh parti baru PPBM.
Ibrahim kata kalau Dr Mahathir kata beliau malu berkawan dengannya beliau sendiri (Ibrahim) kebelakangan ini malu kerana banyak menerima sindiran dan kecaman dari orangramai tentang gelagat perubahan bekas Perdana Menteri itu kini berbaik dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana ramai yang menggangap Dr Mahathir sebagai bosnya.
Katanya sudah banyak kali berlaku beliau ditegur ‘apa sudah jadi dengan bos u Dr Mahathir’ sewaktu hadir ke majlis dan sebagainya.
Ibrahim menilai ramai orang di akar umbi yang kurang senang dengan ‘ pusingan pendirian’ bekas Perdana Menteri itu.
Ditanya apa maksudnya bila ada kata dalam sidang akhbar itu ‘ jangan jolok sarang tebuan’merujuk kepada kecaman terhadap dirinya …Ibrahim ringkas berkata ‘ lawanlah’.
Beliau juga menghentam Datuk Khairuddin Abu Hassan ,orang kanan Dr Mahathir sekarang yang memperlekehnya sebagai tidak releven sekarang.
Ibrahim menyifatkan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu sebagai orang baru dalam perjuangan ini yang nak tunjuk dirinya hebat.
Beliau juga menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan ‘orang keliling’ Dr Mahathir yang mempengaruhinya buat ‘ macam-macam’ sekarang.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/11/ibrahim-ali-jawab-tuduhan-mahathirsaya.html
No comments:
Post a Comment