Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 19 November 2016

Jabatan Amal Pas ikrar tak sertai Bersih 5.0



Unit Amal Pas berikrar tidak akan menyertai Bersih 5.0 selaras dengan saranan kepimpinan tertinggi pari itu walaupun sebelum ini unit merupakan tonggak utama bagi tiga siri awal perhimpunan haram Bersih.

Ketua Pengarah jabatan itu, Mohd. Nazree Mohd. Aris berkata, Unit Amal juga tidak akan mengeluarkan arahan kepada anggota jabatan tersebut untuk bertugas atau menyertai perhimpunan yang akan berlangsung Sabtu ini di ibu negara.

Katanya, Unit Amal yang juga salah satu bahagian di bawah Dewan Pemuda Pas memberi amaran keras sekiranya terdapat individu yang cuba memburukkan keadaan dengan menyamar sebagai anggota jabatan tersebut.

“Sekiranya terdapat mana-mana individu yang memakai pakaian seragam Unit Amal atau apa juga bentuk lambang atau nama Unit Amal pada perhimpunan berkenaan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu tersebut.

“Kami juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan mahupun kecederaan yang diakibatkan daripada tindakan individu yang menyamar sebagai anggota Unit Amal pada perhimpunan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perhimpunan haram Bersih 5.0 dijangka diadakan di Dataran Merdeka yang melibatkan perarakan peserta perhimpunan di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan Jalan Masjid India, Sabtu ini.

Utusan

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/11/jabatan-amal-pas-ikrar-tak-sertai.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...