Assalamualaikum wbt
*KERAHAN SOLAT HAJAT*
Mesej Ringkas Ketua Dewan Ulamak
PAS Negeri Perak (DUPNPk) kepada semua umat Islam Malaysia.
*Halangan Kepada Usaha Memperkasa Undang-Undang Islam di Malaysia*
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekelian, Rang Undang-Undang untuk *memperkasakan undang-undang Islam* di Malaysia (Akta 355) bakal dibentangkan di Parlimen mulai esok.
Malang sekali, terdapat tentangan dari pihak-pihak tertentu yang boleh menggagalkan usaha memperkasakan Undang-Undang Islam di Malaysia ini.
*Apa Yang Boleh Kita Buat?*
Saya dengan rendah hati ingin memohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan untuk bersama-sama kami warga AJK Dewan Ulamak, Urusan Ulamak Kawasan-kawasan, para asatizah semua ahli-ahi PAS di semua peringkat dan kepada semua umat Islam tidak kira anda berada di mana, untuk mendirikan solat hajat pada malam ini untuk doa berikut dan menjalankan perkara berikut:
1) Memohon supaya Allah mempermudahkan serta membuka laluan mudah bagi pembentangan Rang Undang² ini.
2) Memohon Allah membukakan hati mana² pihak berkuasa termasuk Ahli² Parlimen Islam yang menentang, untuk kembali menyokong undang-undang ini di Parlimen.
3) Mohon supaya tuan-tuan dan puan-puan memanjangkan mesej ini kepada ketua-ketua bahagian, ADUN2, Ahli-Ahli Parlimen, semua sahabat² di kawasan Tuan²/Puan².
4) Memviralkan seluas mungkin mesej ini supaya kita semua bersama² bangkit berdiri menunaikan solat hajat pada setiap hari bermula malam ini untuk membantu usaha ini.
Semoga doa kita dimakbulkan Allah.
*```DAULATKAN ISLAM AGAMA NEGARA!```*
*Tuan Guru Hj Sidek Mohd Noor*
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perak
No comments:
Post a Comment