Cikgu Falihin CintaRindu (Taska&Tadika / RedONE Agent):
Pernah diriwayatkan bahawa Umar Al-Khattab penah menghantar 2 orang utusan ke Dimasyq (ibu negara kota syria kini yang terletak di bumi syams).
Selepas beberapa tempoh, 2 orang utusan tadi kembali dan melaporkan kepada Amirul Mukminin Umar Al-Khattab. Mereka diminta untuk datang memberikan laporan mereka secara berasingan dan bukan serentak.
Lelaki pertama datang dan memberitahu Amirul Mukminin Umar Al-Khattab bahawa beliau tidak pernah temui negeri seteruk Dimasyq (Damascus). Rakyatnya begitu suka melakukan kerosakan, keburukan, tidak hormat tetamu, berpoya dan suka melakukan maksiat serta berperangai buruk. Kata lelaki itu memberi laporan kepada Saidina Umar.. dan Saidina Umar menjawab.. Benarlah laporan kamu itu.
Dan lelaki itu pun beredar..
Masuk pula lelaki kedua dan melaporkan kepada Amirul Mukminin Umar Al-Khattab bahawa beliau tidak pernah temui rakyat atau bangsa yang memuliakn tetamu, berakhlak baik dan taat pada perintah Allah serta jujur dan urusan hidup mereka sebagaimana orang Damascus.
Maka Saidina Umar Al-Khattab menjawab.. benarlah laporan kamu..
Dan lelaki kedua pun beredar..
Semua yang berada disamping Saidina Umar terkejut dengan kenyataan Saidina Umar yang membenarkan kedua2 laporan dari 2 lelaki tadi yang mana laporan amat bercanggah.. lalu mereka bertanya kepada Umar Al-Khattab,
"Wahai Amirul Mukminin.. kenapa tuan membenarkan kedua-dua laporan dari 2 lelaki tadi?"
Maka berkatalah Amirul Mukminin Umar Al-Khattab, "Lelaki yang pertama tadi telah ke Damascus mencari keburukan di negeri itu, maka dia mendapati segala keburukan. Dan lelaki kedua tadi mencari kebaikan, maka dia mendapati segala kebaikan di negeri itu".
Begitu jugalah kita dengan hidup ini.. sesiapa yang sering mencari keburukan, dia akan dapati keburukan sentiasa ditemui dalam hidupnya dan seolah2 tiada ruang untuk kebaikan. Manakala yang mencari kebaikan dan berusaha kearah kebaikan akan dapati banyak perkara baik yang berlaku dalam hidupnya. Mereka akan dapati hidupnya mudah, tenang, ceria dan bahagia. Bahkan dirasakan segala urusan hidupnya mudah dan senang..
Cuba kita selidik qalbu kita, kita akan dapati jawapannya..
#kevinmohamed
#PowerOfQalbu
#QLP
No comments:
Post a Comment