Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 23 November 2016

Penahanan Maria Chin dibawah SOSMA tepat dan wajar



1.  Terdapat beberapa pihak yang keliru dan sengaja mengelirukan rakyat apabila memutarbelitkan tafsiran undang-undang mengenai penahanan penganjur Bersih5, Maria Chin.

2. Sebenarnya, apakah tujuan Akta Kawalan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA diwujudkan? Jika kita merujuk akta, tujuannya jelas, iaitu bagi membolehkan tindakan diambil untuk menghentikan ancaman yang ditimbulkan oleh "sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia" yang bertujuan:-

I. Menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

II. Membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

III. Memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan
keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

IV. Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;

3. Kenapa Maria Chin tidak disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman? Sebenarnya jika kesalahan Maria Chin hanya melibatkan soal perhimpunan haram, maka memadai untuk polis menyiasatnya di bawah Akta Perhimpunan Aman.

4. Bagaimanapun, kesalahan Maria Chin sudah melangkaui batas penganjuran sebuah perhimpunan haram. Jika merujuk kepada akta, jelas Maria Chin terlibat dalam perkara III dan IV yang merupakan skop SOSMA, iaitu memudaratkan keselamatan awam dan Persekutuan, dan mendapatkan perubahan selain dengan cara yang sah.

5. Lebih-lebih lagi apabila penganjuran perhimpunan haram Bersih 5 ini diakui dan diberitakan mempunyai kaitan dengan dana dari sumber asing, iaitu NDI dan George Soros. Atas sebab ini, siasatan tidak lagi memadai jika hanya dilakukan di bawah Akta Perhimpunan Aman. Lebih tepat jika siasatan dilakukan di bawah SOSMA dan menggunakan kaedah-kaedah SOSMA.

6. Benarkah kononnya penahanan Maria Chin melanggar skop dan peruntukan SOSMA, iaitu  perkara 4(3) yang menyebut, "tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan bawah undang-undang tersebut semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politik"?

7. Peguam-peguam Bersih dan pakar undang-undang media sosial mungkin tidak membaca perkara 4(12) (a) yang menyebut bagi maksud seksyen ini, “kepercayaan politik atau
aktiviti politik” ertinya "penglibatan dalam aktiviti yang SAH di sisi undang-undang melalui pernyataan pendapat atau pengambilan tindakan yang dibuat menurut rukun sesuatu parti politik yang pada masa yang berkaitan itu berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang terbukti melalui, (i) keanggotaan atau sumbangan kepada parti itu; (ii) penyertaan terbuka dan aktif dalam hal ehwal
parti itu."

8. Persoalannya, adakah Bersih sebuah pertubuhan politik? Adakah Bersih 5 kegiatan politik di bawah sebuah pertubuhan politik yang didaftarkan di bawah Akta 355, Akta Pertubuhan 1966? Adakah Bersih 5 kegiatan politik yang sah dari segi undang-undang?

9. Mengambil kira fakta-fakta di atas, iaitu pertama, terdapat unsur campur tangan pihak asing, kedua, kegiatan memudaratkan ketenteraman awam dan Persekutuan, ketiga,  kegiatan mendapatkan perubahan melalui kaedah yang tidak sah dari segi undang-undang, dan keempat, status Bersih sebagai sebuah pertubuhan bukan politik dan Bersih 5 yang bukan merupakan suatu aktiviti politik yang sah dari segi undang-undang, maka, saya berpandangan bahawa siasatan ke atas Maria Chin menggunakan SOSMA dan kaedah-kaedah SOSMA amat wajar dan bertepatan sekali.

DR MOHD PUAD ZARKASHI
MT UMNO


http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/11/penahanan-maria-chin-dibawah-sosma.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...