*3 Nov 2016*
*PESANAN BUAT DIRI*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
*Mencarut?*
*Mengutuk?*
*Hentam?*
Apa salahnya? Jom kita telusuri satu persatu ya :)
[1] Mencarut.
"Isu besar ke? Biar je lah kan? Mulut je jahat. Yang penting hati baik. So it's okay la..."
Zaman Nabi dulu, ada wanita yang terkenal dengan solat, puasa dan sedekah. Tapi Nabi kata dia ahli Neraka.
Sebab apa?
Apakah solatnya tidak berjaya memasukkan dia dalam Syurga? Puasanya atau sedekahnya; tidak cukupkah menjadi tiket untuk dirinya menjadi ahli Syurga yang mulia?
Paseipa dia kena masuk Neraka..?
Kerana apa? Hanya kerana menyakiti orang lain yakni tetangganya dengan lidah.
Ya, hanya kerana lidah yang suka mengutuk dan mencaci orang lain jadi asbab masuk Neraka.
Tapi, hadis ini tidak terhenti di sini sahaja;
"Wahai Rasulullah, ada seorang wanita yang terkenal dengan sedikit puasa, sedekah dan solatnya, dia hanya bersedekah dengan sepotong keju, tetapi dia tidak menyakiti tetangganya dengan lisannya, "
Apakah respon Rasulullah?
"Dia di Syurga."
[Hadis Ahmad; 9298]
SubhanaAllah. Mudahnya untuk masuk Syurga dengan lisan TETAPI amat mudah juga untuk masuk Neraka hanya dek kerana lisan juga.
Anda yang pilih, adakah lidah pinjaman Allah ini kita ingin gunakan sebagai tiket ke, Syurga // Neraka. Anda pilih. Jika nak ke Syurga Allah, janganlah mencarut, berkata kasar dan kesat.
Muhasabah, apakah mulut kita banyak mengumpat atau selawat? Banyak mencarut kasar-kasar atau baca quran dengan lancar?
Banyak memaki mencaci atau banyak 'mencuci hati'?
Tak sembang bab mengumpat lagi. Lagi besar ceritanya. Ha...Oleh itu, pilihlah 'tiket' anda dengan bijak.
Anda mampu mengubahnya!
Bila kita mencarut dan mengutuk seseorang, sebenarnya kitalah lagi busuk dan teruk daripada apa yang kita kutukkan.
Jom telusuri sebuah hadis yang sohih daripada Nabi kecintaan kita;
*"Apabila ada seseorang yang berkata; 'Celakalah manusia', maka sebenarnya ia sendiri yang lebih celaka dari mereka."*
HR Muslim, 4755.
Islam mengajar kita supaya jaga lisan, kerana antara asbab mudah masuk Neraka ialah kerana lisan. Jagalah hubungan dengan manusia di sekelilingmu sebaiknya kerana di akhirat kelak, Allah tidak tanya tentang habluminallah sahaja, tetapi habluminannaas juga akan dipersoal.
Rapuhnya tali ikatan hubungan sesama manusia, maka akan rapuh juga tali sirat kita untuk masuk Syurga Allah kelak.
Oleh itu, di saat kita nak mengutuk dan memburukkan orang lain, ingat-ingatkanlah akhirat ya :)
Moga Allah cinta dan redha. Moga Allah kurnia Syurga...
Seorang Hamba,
Aiman Banna.
*Wassalam*

No comments:
Post a Comment