Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 31 December 2016

2017 : Tahun Pergaduhan Besar Pakatan Pembangkang

4 jam lagi akan bermulah tahun 2017. Tahun di mana kenaikan BR1M menjadi RM1200. BR1M sekarang menjadi "hantu" yang paling ditakuti pembangkang sekarang.
2016 berjaya dilalui dengan baik oleh kerajaan BN. Biarpun tanggapan pembangkang bahawa GST yang diperkenalkan pada 2015 dan kejatuhan harga minyak dunia bakal merumitkan BN. Sangkaan itu meleset sama sekali.
Kerajaan India mahu mempelajari cara Malaysia laksanakan GST, Arab Saudi juga mahu belajar kaedah Malaysia laksanakan GST. Paling ditakuti adalah BR1M yang juga mahu dicontohi oleh Arab Saudi dan Thailand.
Tahun 2017 bakal menghadirkan perteligkahan buat pembangkang. PRU14 dijangka pada tahun 2017. Sebelum dan selepas PRU14, pembangkang akan bergaduh besar sesama sendiri.
BERMULA dengan Barisan Alternatif (BA) pada tahun 1999 namun berpecah pada 2008. Selepas mendapat keputusan PRU12, Pakatan Pembangkang kembali rujuk semula dengan nama baharu iaitu Pakatan Rakyat atau PR.
Bagaimanapun 'perkahwinan' Pakatan Pembangkang sekali lagi tidak bertahan lama. Selepas PAS mula melihat realiti dalam hubungan itu yang tiada penghujungnya, maka sekali lagi PR 'diceraikan' serta merta.
Mereka akhirnya membina 'perkahwinan' ketiga yang diberi nama Pakatan Harapan (PH) bermula 22 September 2015.
Persoalannya, mampukah Pakatan Pembangkang yang sering 'kahwin, cerai, kahwin, cerai' ini bertahan untuk ikatan kali ketiga ini?
Pembangkang kini umpama kapal yang tiada nakhoda. Yang sedang memulas stereng kapal adalah Mahathir. Tetapi Wan Azizah dan Kit Siang pula ada stereng mereka sendiri. Kapal pembangkang sekarang tidak bergerak ke mana mana. Tunggu masa hendak tenggelam.
Pakatan Pembangkang semakin bercelaru dan keliru apatah lagi apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mula hadir ke dalam kehidupan mereka. Kita dapat lihat bagaimana perbalahan muncul tatkala Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh BR1M sebagai bentuk rasuah.
Ada yang muncul menyelar tindakan Mahathir itu secara terbuka, malah ada juga yang menyokong Mahathir. Tak cukup dengan itu, ada juga yang secara senyap-senyap membuka kaunter BR1M di kawasan sendiri tanpa menghiraukan apa yang Mahathir kata.
Hanya Azmin yang sokong Mahathir kata BR1M itu rasuah. Yang lain semua bersama dengan Wan Azizah, mahu BR1M diberikan pada rakyat.
Pembangkang terus bertelagah bila mana disoal tentang pembahagian kerusi. Kehadiran PPBM ternyata telah mengeruhkan suasana yang sudah terbina dengan kekeruhan. Masing-masing mahu hak untuk bertanding, tetapi tak kurang juga ada yang enggan memberi laluan.
Apatah lagi di Sarawak, DAP telah siap sedia mengumumkan akan bertanding di 11 Parlimen manakala PKR akan berentap di 15 kawasan Parlimen. Selebihnya yang mempunyai lima kawasan Parlimen akan diletakkan calon dari PAN. Tiada langsung disebut mengenai kerusi untuk PPBM.
Di peringkat pusat, PAN mahu ambil 40 kerusi termasuklah kerusi PKR. PPNM pula masih belum berbunyi mahu berapa kerusi, bila sebut angka sahaja pasti pergaduhan akan terus berlaku.
Jawatan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri juga turut menjadi rebutan empat parti yang 'berkahwin' dalam PH ini. Setiap daripada parti itu ada agenda tersendiri yang tidak digebangnya sahaja. Ada yang mahu peliwat menjadi PM, ada yang mahu 'pemimpin boneka' menjadi PM, malah ada juga yang mahu melantik anak bini sendiri bergelar PM. Apa sudah jadi?
Apa yang boleh kita lihat dari situasi ini adalah tentang 'hukum karma' atau balasan Tuhan terhadap politik kotor yang mereka amalkan. Lihat sendiri bagaimana metodologi yang digunakan Pakatan Pembangkang untuk menyelesaikan sesuatu isu.
Tidak lain tidak bukan hanya melalui jalan-jalan bertentangan dengan kaedah rasmi. Sebagai contoh, mereka gunakan demonstrasi jalanan sebagai memperjuangkan sesuatu isu. Mereka gunakan kaedah fitnah dan putarbelit fakta di media sosial untuk menjatuhkan Barisan Nasional, dan bermacam lagi cara kotor mereka.
Tidak sabar untuk berkuasa hingga sanggup gunakan jalan lain seperti berdemo Bersih, buat Deklarasi Rakyat dan buat tandatangan palsu untuk gulingkan kerajaan.
Maka pada hari ini kita dapat saksikan bibit-bibit perpecahan dalaman PH-PPBM juga mula menular sedikit demi sedikit. Lim Guan Eng dari DAP bakal dibicarakan akibat salah laku rasuah, Rafizi Ramli dari PKR juga mungkin akan dipenjarakan kerana 'hobinya memfitnah'.
Mohamad Sabu dari PAN semakin berentakan dengan identiti ekstrimis agama serta kisah silam skandalnya, dan terbaru dalam PPBM yang penuh dengan cerita skandal dengan isteri orang, empat kali klimaks dan disko.
Paling kurang dalam PPBM, tiga pemimpin utama mereka dikaitkan dengan skandal seks yang amat jijik dan memualkan untuk dicerita. Itu pun tidak kita sentuh lagi nafsu harta yang dikaut oleh Pengerusi PPBM semasa bergelar PM suatu ketika dahulu sebagaimana yang didedahkan oleh Barry Wain dalam bukunya The Malaysian Maverick.
Semua plot perpecahan dan pengunduran pemimpin dari jawatan mereka masing-masing ini terjadi bukan dari jalan rasmi. Sebaliknya semua berlaku akibat kerja-kerja kotor, keji dan penuh dosa. Adakah mereka mampu untuk bertahan buat setahun lagi?
Bagi tahun baharu 2017 ini jika mengikut amalan sistem estetika Cina kuno atau Feng Shui, ia adalah bersifat ayam. Menurut sebuah sumber pakar dalam bidang ini meramalkan, rakyat Malaysia pada tahun ayam akan lebih terarah untuk menyukai sesuatu perkara yang baik dan bermanfaat kepada mereka.
Jika kita persembahkan dalam dunia politik kata sumber berkenaan, rakyat khususnya masyarakat Cina di negara ini akan lebih 'jinak' dengan pihak yang ikhlas memberi bantuan dan menunjukkan kesungguhan dalam berbuat demikian.
Mereka yang sentiasa memberi bantuan dan menjaga kebajikan pihak lain bukan sahaja akan dibalas budi oleh masyarakat ini, malah turut disayangi seperti ibu ayam yang amat menyayangi anak-anaknya sendiri.
Tangan yang memberi akan dihargai oleh penerima pada tahun ayam ini.
Adakah ini petanda bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan parti Barisan Nasional memiliki peluang yang amat cerah khususnya dalam meraih undi dari komuniti Cina untuk PRU14 akan datang?
Jika mengikut pandangan Feng Shui berkenaan, maka tak hairanlah mengapa Mahathir dan Lim Kit Siang terlalu berkerja keras untuk menjatuhkan Najib Tun Razak sebelum PRU14.
Pembangkang akan gaduh dan bergasak teruk pada PRU14. Baru 150 hari parti bung sudah dijangkiti virus teruk. Dah ada yang kena buang dan tinggalkan parti.
Virus ini akan merosakkan pembangkang pada tahun 2017. Benarlah, bila selalu berada di bawah tempurung memang senang pembangkang dijangkiti virus.
Selamat tahun baru 2017.
Tulisan : 
Beruang Biru
BB209, Sabtu
31 Disember 2016

https://www.facebook.com/intan.rahim1/posts/1236713756366480

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...