Untuk artikel kali ini, penulis ingin berkongsi cara bagaimana untuk menulis surat berhenti kerja. Contoh surat berhenti kerja/contoh notis berhenti kerja Bahasa Melayu dikongsi dalam artikel kali ini.
Kebiasaan ramai yang ingin berhenti kerja tetapi tidak tahu bagaimana untuk menulis surat berhenti kerja dalam bahasa melayu ataupun bahasa inggeris. Ada juga antara kita yang tidak pernah ingin tahu cara untuk menulis surat berhenti kerja. Pada masa memerlukan untuk menulis surat resign mulalah meminta tolong dari kawan-kawan.
Sebenarnya untuk menulis surat perletakan jawatan atau berhenti kerja ini adalah sungguh mudah dan cepat. Hanya mengikuti beberapa format penulisan surat anda mampu menulis sendiri surat berhenti kerja.
Kali ini penulis ingin berkongsi contoh surat berhenti kerja sebab sambung belajar. Berikut di bawah adalah contoh surat berhenti kerja. Anda boleh “COPY PASTE” contoh ini dan ubah sedikit ayat yang bersesuaian dengan surat yang anda ingin tulis.
AHMAD MUSLIM,
LOT 1989 LORONG ALOR LIAT, TAMAN PANJI ALAM,
43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR DARUL EHSAN
_________________________________________________________________________________
PIZZA HUT SDN BHD,
GIANT SEKYEN 13,
4000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
15 Januari 2014
Perkara: Notis Berhenti Kerja
Merujuk kepada perkara di atas, saya AHMAD MUSLIM ingin memaklumkan kepada Tuan bahawa saya ingin berhenti kerja atas sebab tertentu mulai 30 Januari 2014.
2. Untuk makluman Tuan, tujuan saya ingin berhenti kerja adalah kerana sudah mendapat surat tawaran untuk menyambung pelajaran di sebuah IPTA.
3. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini. Sekian, terima kasih
Yang benar
……………………………………………
(AHMAD MUSLIM)
I/C NO: 891015-13-9423
http://www.blogammar.com/contoh-surat-berhenti-kerja/
No comments:
Post a Comment