Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 20 December 2016

DAP MAHU PERINTAH MALAYSIA SECARA PROKSI DENGAN LANTIK WAN AZIZAH PM SEMENTARA??


Pengumuman DAP yang mencalonkan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri sementara Malaysia sekiranya pembangkang memenangi PRU14 nanti menunjukkan betapa tidak sepakatnya parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Pengumuman tersebut juga ibarat amaran buat PPBM yang sebelum ini mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon PM Malaysia bahawa DAP adalah "abang besar" dalam PH.

Sebagai parti setahun jagung, PPBM perlu patuh kepada titah perintah Dinasti Lim. DAP ternyata konsisten dengan pendirian mereka sejak dulu untuk terus menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM. Tiada siapa yang layak selain Anwar.

DAP tidak pernah dan tidak sama sekali mempercayai orang Melayu lain selain Anwar untuk menjadi PM boneka mereka. Lebih-lebih lagi calon dari PPBM yang pernah mempunyai DNA UMNO. 

Ternyata DAP amat setia dengan pegangan mereka ini. Apakah sebabnya?

DAP menyedari bahawa mereka merupakan parti pembangkang terbesar di dalam Parlimen kini. Namun begitu, DAP juga mengetahui agak sukar untuk mereka memerintah Malaysia secara mutlak mungkin kerana komposisi kaum di Malaysia yang menyaksikan Melayu sebagai bangsa majoriti. Lagi pun mereka memahami mengenai sentimen Melayu yang masih "tidak menggemari" DAP. Sebab itulah antara strategi DAP sekarang ialah dengan menarik seramai mungkin anak muda Melayu menyokong mereka sebagai cara untuk "lebih mesra" dengan orang Melayu.

Jadi, sekiranya tidak dapat memerintah Malaysia secara mutlak, pilihan lain yang ada adalah memerintah secara proksi iaitu dengan menjadikan pemimpin-pemimpin Melayu yang bodoh sebagai kuda tunggangan mereka. Contoh terbaik seperti yang mereka pernah buat di Perak dahulu pada tahun 2008 dengan menjadikan Nizar Jamaluddin sebagai MB boneka mereka.

Pemimpin Melayu yang paling sesuai dijadikan boneka dan kuda tunggangan DAP ialah Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah. DAP mengetahui rahsia luar dalam Anwar. Itulah antara sebabnya mendiang Karpal Singh sanggup menjadi peguam bela Anwar semasa perbicaraan kes liwatnya dulu. Mereka telah banyak mengumpul maklumat tentang Anwar.

DAP menyimpan rahsia Anwar. Anda boleh ramalkan apa yang bakal terjadi sekiranya Anwar Ibrahim benar-benar menjadi PM Malaysia dan DAP adalah penentu kuasa di sebalik tabir. Adakah Anwar akan bebas memerintah? Apakah yang akan terjadi kepada kedaulatan Islam dan Melayu di negara ini?

Sedikit demi sedikit pasti akan terhakis perkara-perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia seperti Perkara 3, Perkara 152 dan Perkara 153. Sejarah yang berlaku di Perak pada tahun 2008 dulu apabila DAP memerintah boleh jadi bakal berulang lagi. Tidak mustahil ia akan terjadi.

http://gerakanantidap.blogspot.my/2016/12/dap-mahu-perintah-malaysia-secara.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...