Ayahanda Tun,
Aku tidak perlukan pujianmu
Apatah lagi sokonganmu
Aku mengerti pada usia tuamu
Sukar untuk kau mengerti dunia hari ini
Aku sedar pada usia tuamu
Mungkin kau sudah lupa
Lupa bahawa
kami mewarisi hutang berbilion ringgit
Lupa bahawa
kami mewarisi satu zaman transisi yang bingit
Jika ayahanda lupa izinkan anakanda ingatkan
Hutang bina Putrajaya berbilion ringgit
Hutang Lebuh Raya puluhan bilion ringgit
Hutang MAS, TNB, Perwaja entah berapa bilion ringgit
Saban tahun kami terpaksa memerah otak
Mencari jalan menampung subsidi yang kian besar
Ciptaan Ayahanda untuk konglomerat kaya-raya
Setiap tiga tahun, anakanda dan cucunda berpeluh lagi
Memikirkan perjanjian konsesi muncul lagi
Jika diikut perjanjian
bakal muncul amarah rakyat
Jika tidak diikut
berbilion lagi subsidi
Ayahanda Tun,
Aku mengerti umurku yang Muda
Juga seperti yang tua
Bila-bila masa bisa bertemu Ilahi
Aku boleh selesa diam tidak bersuara
Supaya tidak dianggap derhaka dan kurang ajar
Sepanjang nafas dan usia
Tetapi aku harus bersuara
Tanpa meminta apa-apa untuk diriku
Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca
Pada minda mudaku
Aku belum lupa sumbangan ayahanda Tun
Dari pertanian dan komoditi
kepada Perdagangan dan perindustrian
Dari miskin tegar kepada Melayu Bandar
Dari buta huruf kepada graduan besar
Ayahanda Tun
Aku bukan pemuisi tegar
Yang bisa berkata-kata besar
Yang bisa buat orang tersedar
Cuma minda mudaku juga tidak lupa
Apa yang dilakukan pemimpin hari ini
Sama seperti ayahanda dulu-dulu
Menerobos fitnah membina hari muka
Untuk negara Malaysia yang tercinta
BRIM dan Subsisdi hampir serupa
Cuma satu untuk rakyat biasa
Satu lagi masuk kantung peniaga
Ayahanda Tun
Janganlah gula mahu dimomokkan sebagai cuka
Menyebar fitnah dan adu domba
Demi keluarga dan kuasa
Pada Tun kuberharap
Cukuplah menimbul kebencian
Tunjuklah budi pekerti
Untuk teladan anak muda
Amin Yatim
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/12/sajak-untuk-tun-mahathir.html
No comments:
Post a Comment