Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 23 December 2016

UMNO BOLEH MENANG PRU14 JIKA GUNA PAKAI FORMULA INI…

Umno Puteri delegates have their tag scanned while attending the Umno Puteri Wing Conference in conjunction with 68th Umno General Assembly at Putra World Trade Centre (PWTC)
JIKA DITANYA kepada penulis, apakah perkara atau sifat terpenting yang harus ada dalam diri para ahli Umno sekarang ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) nanti?
Jawapannya adalah ikhlas dan setia!
Walau apapun hujah yang cuba dibahaskan, dua sifat ini menjadi paling penting saat ini buat survival hidup Umno.
Apa guna jika para ahli hanya pandai melaungkan slogan ‘Hidup Umno!’ dari dalam dan luar dewan, sedangkan di hatinya pula penuh dengan agenda peribadi dan menjadi ahli ‘gunting dalam lipatan’?
Analoginya, semasa proses membuang undi nanti, tidak ada sesiapapun waima Presiden Umno yang boleh mengetahui bahawa kita memangkah calon mana. Di petak memangkah undi itu hanya diketahui oleh diri kita sendiri dan Allah Ta’ala sahaja.
Jadi, sebab itulah penulis katakan dalam diri setiap ahli Umno sekarang ini harus ada sifat ikhlas. Apabila adanya sifat ikhlas, maka perjuangannya untuk memberi kemenangan kepada Umno-BN dalam PRU14 bukan sekadar untuk meminta balasan.
Seseorang yang melakukan kerja dengan sifat ikhlas, semestinya dia tidak akan mengharapkan sangat balasan yang diterima. Baginya, kerja yang diamanahkan keatas dirinya itu akan siap dengan paling baik boleh dia lakukan.
Bayangkan, jika 3.5 juta ahli Umno setiap seorang itu ada sifat ikhlas, bukan sahaja PRU14 pasti dimenangi oleh Umno-BN, tetapi sehingga ke PRU ke 20 pun agak sukar untuk pembangkang melawan Umno-BN, dengan izinNya.
“Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) bentuk tubuhmu dan tidak pula menilai kebagusan wajahmu, tetapi Allah melihat (menilai) keikhlasan hatimu”. [HR. Muslim].
Sifat kedua yang penulis katakan amat penting dalam diri ahli Umno menjelang PRU14 sekarang ini adalah setia.
Percayalah, walaupun seorang pemimpin nombor satu parti dilihat berkuasa dan mulia dalam sesebuah parti itu, namun jika beliau tidak memiliki para penyokong dan ahli parti yang setia, maka beliau tidak akan bertahan lama.
Lihat kembali pengajaran yang boleh kita ambil melalui peristiwa Perang Uhud yang berlaku pada tahun ke-3 Hijrah.
Tentera Islam yang diketuai Baginda Rasulullah SAW seramai 700 orang telah kalah kepada askar Musyrikin Mekah yang diketuai oleh Abu Sufyan Bin Harb. Akibatnya, seramai 70 orang Islam telah mati syahid, berbanding hanya 23 orang terbunuh dari kalangan tentera musuh.
Kenapa tentera Islam boleh kalah? Semuanya kerana tiada nilai setia kepada arahan panglima perang / pemerintah iaitu Rasulullah SAW. Walaupun pada mulanya, tentera Islam sudah mencapai kemenangan dan 3,000 tentera Musyrikin telah bergerak pulang kerana kalah dalam peperangan.
Dari awal lagi Rasulullah SAW mengarahkan agar sekumpulan tentera yang menjaga panah di atas bukit berkenaan tidak boleh turun selagi diminta berbuat demikian.
Namun, mungkin kerana sifat tamak melihat harta rampasan perang dan tidak setia kepada arahan pemimpin, maka mereka bertindak turun yang akhirnya membuatkan sekumpulan tentera berkuda seramai 200 orang Musyrikin Mekah telah berpatah balik dan kembali menyerang Islam.
Dalam konteks Umno dan PRU14 akan datang pula, para ahlinya harus memiliki sifat setia kepada arahan Presiden Umno, kepada Perlembagaan Parti dan perjuangan parti itu sendiri. Ya, tidak dinafikan pasti ada dalam kalangan ahli Umno yang masih terkesan dengan tindakan bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamed, bersama bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Umno Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Bagaimanapun, lumrah sebagai seorang pejuang, pasti ada onak dan durinya. Inilah saat dan ketikanya kesetiaan para ahli Umno diuji oleh Pemilik Kuasa. Jika sebelum ini para ahli hanya bersemangat melaungkan ‘Hidup Umno!’ di setiap siri PAU, maka kali ini ujian getir sama ada mahu memilih perjuangan bekas pemimpin yang mempunyai agenda peribadi atau terus ‘patah sayap bertongkat paruh’ dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. –Tv14
http://www.tv14.my/2016/11/29/umno-boleh-menang-pru14-jika-guna-pakai-formula-ini/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...