Gerenti semasa Perhimpunan Agung UMNO kali ini ramai yang nak mengintai apa cerita hubungan UMNO – PAS yang zahirnya nampak ‘ lebih mesra’ sekarang.
Ini lebih-lebih lagi bila kerajaan beri laluan kepada usul persendirian Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mengenai RUU355 dibentang pada hari akhir sidang Dewan Rakyat sesi kali ini Khamis lalu.
Namun selama ini pemimpin tertinggi kedua parti tidak pernah sebut dan sentuh mengenai sebarang kerjasama politik.
Puak sebelah sana dikatakan cukup tidak senang duduk melihat sebarang bibit UMNO-PAS berbaik-baik kerana ia diduga bolek bikin banyak program politik mereka rosak.
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi prespektif jelas mengenai hubungan kedua parti ketika menjawab soalan mengenainya dalam Program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang disiarkan di TV3 Isnin malam.
Najib menegaskan, UMNO dan PAS berjuang menerusi wadah parti masing-masing.
Beliau memberi kesimpulan begini : "Kita bergerak dalam kumpulan, kelompok masing-masing, dalam parti masing-masing. Ada masa kita berbeza pendapat, ada masa kita tak sama pendirian tetapi ada kala juga kita boleh mempunyai pendirian yang sama."
Cuma buat masa ini hubungan tegang antara UMNO dan PAS yang berlaku suatu ketika dahulu, kini semakin kendur termasuk di peringkat akar umbi.
Perdana menteri berkata ini berikutan PAS pada masa ini lebih terbuka dan komited bekerjasama dalam memperjuangkan perkara khususnya yang melibatkan kepentingan ummah di negara ini.
"Begitu juga UMNO, UMNO pun bersikap sedemikian dalam banyak hal bila melibatkan soal ummah, soal masa depan negara.
"Ada bab-bab di mana kita memang mempunyai pendapat yang sama tetapi kita belumlah macam tahun 1974 dalam bentuk satu kerajaan campuran dan sebagainya," kata Perdana Menteri.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan parti itu mempunyai hak untuk menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik termasuk UMNO.
Abdul Hadi berkata kerjasama dengan UMNO adalah lebih tertumpu kepada soal untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara ini dan jalinan itu bukan atas kepentingan politik.
Najib juga mempertahankan RUU355 yang dibawah oleh Haji Hadi.
Perdana menteri menegaskan bahawa RUU berkenaan bukannya hudud dan hanya melibatkan umat Islam.
"Ini menaikkan kuasa kepada Mahkamah Syariah dan ini tidak kena mengena dengan bukan Islam sama sekali," katanya.
Beliau memberitahu UMNO akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional mengenai usul Haji hadi itu bagi membolehkan parti komponen mendapat pemahaman yang jelas berhubung tujuan RUU berkenaan.
"Kita sebagai sebuah kerajaan Barisan Nasional, kita akan berundinglah... dengan komponen-komponen Barisan Nasional supaya mereka faham apa dia sebenarnya tujuan rang undang-undang pindaan tersebut," katanya.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/11/umno-pas-ada-masa-kita-berbeza-pendapat.html
No comments:
Post a Comment