Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 4 January 2017

8 Tips Perempuan Ajak Lelaki Untuk Kahwin

Gambar sekadar hiasan

Cakap pasal perkahwinan, ramai orang tersenyum simpul. Tapi, kadang-kadang susah betul nak bagitahu dekat pasangan nak dia masuk meminangkan.

Nah, berikut 10 ‘hint’ yang anda boleh try dekat boyfriend untuk ajak dia kahwin. Mana tahu menjadi!

‘Sedap tak I masak? Kalau sedap kahwin la dengan I. Hiks’

Nak pikat lelaki kenalah pikat perutnya dulu. Apakata korang bagi dia try air tangan korang. Barulah teringat-ingat.

‘Jom jumpa mak ayah I hujung minggu ni. Nak kenal-kenal je.’
Sebelum nak mulakan hubungan kenalah minta restu ibu bapa dulu. Pelawa si dia datang rumah anda untuk berkenalan dengan mak dan ayah korang yang super cool tu. Mesti dia terbuka hati nak hantar rombongan meminang.

Eh..Poh Kong ada buat sale besar-besaran dalam sejarah!

Cincin akan menjadi satu petanda keramat untuk sesebuah perkahwinan. So, bila korang usha-usha cincin, mesti dia dapat rasa hint yang menusuk hati itu! Hihi

I nampak U dalam solat Istikharah.

Biasannya kalau nak tahu lelaki tu jodoh kita ke tak, kita akan tunaikan solat Istikharah. Katanya kalau nampak wajah si dia dalam mimpi, memang jodoh la.

I teringin nak buat wedding simple tapi nice macam Hanez Suraya & Romie

Kalau pergi je wedding kawan-kawan, korang bagilah hint cakap nak tema perkahwinan idaman korang. Siap kemukakan bajet sekali tu. Hehe.

Baby tu comel lah u.. Nak satu!

Korang kenalah tunjuk pada si dia yang korang mempunyai sikap penyayang dan bakal jadi ibu terbaik pada anak-anak. Barulah dia yakin nak kahwin dengan korang!

I nak U selalu ada di sisi selamanya

Aippp! Belum kahwin tak boleh peluk-peluk lagi. Huhu.. Cukuplah sekadar korang beritahu dia yang korang nak forever and ever bersamanya. Tapi, jangan pula sampai jadi clingy… Rimas tau tak!

Kalau u suka I, kita kahwin. Tak suka I cari lain!

Semua cara di atas tak menjadi sebab si dia memang jenis blur? Ah.. senang saja, calm yourself dan ajak je kahwin secara terus-terang. Nak tak nak belakang cerita, janji mencuba kan?

Tapi kami percaya, sudah tentu teman lelaki korang akan cakap ” Yes, I would love to marry you”.

http://www.kakishare.my/2017/01/8-tips-perempuan-ajak-lelaki-untuk.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...