Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 10 January 2017

ANINA SANGGUP ‘SERAH DIRI’ ASALKAN UNTUK TUN M?

SELEPAS SEJAM pergi ke pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengadu mengenai nasibnya, Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin memuatnaik sebuah status di laman facebook miliknya.
Status yang dimuatnaik pada jam 4.02 petang itu menulis – I am for Tun M and only for Tun M.
 
Status itu membuktikan bahawa bekas ahli Wanita Umno Langkawi itu adalah seorang yang teramat taksub terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.
Ini jelas sekali lagi mengingkari suruhan agama Islam yang dikehendaki oleh Allah kepada kita selaku hambanya di muka bumi. Bukan sahaja kepada bekas ulul amri, malah sanjungan berlebih-lebihan kepada Kekasih Allah pun adalah tidak dibenarkan walau sebesar Zarah.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam banyak kali telah berpesan tentang larangan bersikap ghuluw (berlebih-lebihan) ini kepada kita. Pernah suatu ketika para sahabat memuji-muji Nabi, di mana mereka memanggil Rasulullah dengan gelaran “Wahai Rasulullah, Wahai orang yang terbaik di antara kami! Wahai Sayyidi (penghulu kami) dan putera penghulu kami!” Baginda segera membantahnya dan mengatakan,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قُوْلُوْا بِقَوْلِكُمْ وَلاَ يَسْتَهْوِيَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ، أَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَبْدُاللَّهِ وَرَسُوْلُهُ، مَا أُحِبُّ أَنْ تَرْفَعُوْنِيْ فَوْقَ مَنْزِلَتِيْ الَّتِيْ أَنْزَلَنِيَ اللَّهُ
“Wahai manusia, ucapkanlah dengan ucapan yang biasa kamu ucapkan, supaya Syaitan tidak merasuki kamu. Aku adalah Muhammad bin Abdullah, hamba Allah dan RasulNya. Aku tidak suka kamu menyanjungku di atas kedudukan yang Allah berikan kepadaku.” (Riwayat Ahmad dan an-Nasa-i).
Hadis sahih ini menunjukkan betapa Rasulullah (Kekasih Allah) amat tidak menyukai dan menegah dari kita memuliakannya secara berlebihan, apatah lagi antara kita sesama insan yang masih belum tahu nasib dan kedudukan kita disisi Pencipta.
Tindakan ghuluw mana-mana pemimpin ini adalah terang-terangan bercanggah dengan apa yang disyariatkan kepada setiap umat Islam. Soalnya, adakah Anina jahil akan perkara ini? Tidak takutkah Anina kepada dosa melanggar perintah tersebut?
Kenapa Anina bertindak terlalu mengagungkan pengerusi partinya yang juga idola sepanjang zaman untuk dirinya? Ketahuilah bahawa tindakan itu adalah salah, walaupun terhadap mana-mana pemimpin negara yang ada sekarang ini.
Apa yang kita disarankan hanyalah mentaati berpada dengan apa yang dikehendaki. Bukan dengan menyokong seolah-olah ‘menyembah’ sehingga sanggup membuat ‘serahan diri’ kita hanya untuk seseorang individu.
  
Sedangkan individu itu tak ubah sama seperti kita juga. Setiap perkataannya kosong tidak berisi sepertimana berisinya kata-kata Rasulullah, atau digelar wahyu. Ini kerana, wahyulah yang menyebabkan orang seperti Umar, Utsman, Ali, Muawiyah, Hamzah dan seluruh sahabat Nabi yang lain menerima Islam dan berpegang kuat dan sanggup mati kerana agama.
Namun apa kata-kata Dr Mahathir? Tidakkah kita perasan bekas Perdana Menteri itu hanya mengucap kata-kata yang di akhirnya membuatkan ummah berpecah belah? Membuatkan rakyat membenci pemerintah? Dan menyebabkan fitnah menjadi bahan viral setiap hari?
Adakah individu sebegini yang kita mahu agungkan sehingga sanggup ‘menyerahkan diri’ kita kepadanya? Jika Rasulullah yang sudah dimuliakan dan sahih bergelar penghuni Syurga itupun tidak dibenarkan untuk kita memuliakannya secara berlebih-lebihan, apa pula kemuliaan Dr Mahathir? Adakah Dr Mahathir melebihi Rasulullah? (Nauzubillah).
Sedarlah wahai Anina, tindakan anda itu tidak mengubah hanya membawa kepada kemurkaan Allah yang lebih besar. Kita tidak disyariatkan untuk menyanjung terlalu tinggi mereka yang menjadi idola kita. Agama kita meminta agar konsep wasatiyyah diamalkan dalam kehidupan seharian. Bertaubatlah sebelum terlambat! –Tv14
http://www.tv14.my/2017/01/09/anina-sanggup-serah-diri-asalkan-untuk-tun/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...