KUCHING 11 Jan. - Rakyat Sarawak dikejutkan dengan berita sedih hari ini, apabila kehilangan pemimpin paling disayangi, Tan Sri Adenan Satem.
Ketua Menteri Sarawak kelima itu dilaporkan menghembus nafas terakhir pada pukul 1.20 petang di Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan dekat sini.
Walau bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi mengenai kematiannya dikeluarkan oleh wakil dari Pejabat Ketua Menteri setakat ini.
Namun, seorang pegawai dari Unit Protokol di pejabat berkenaan mengesahkan berita kehilangan pemimpin berusia 72 tahun tersebut dan kenyataan rasmi mengenainya akan dimaklumkan nanti.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri, Ambrose Cheng memberitahu, pengumuman tentang pemergian Adenan akan dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dalam sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia, di sini pada pukul 3.30 petang ini.
Adenan yang bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-73 pada 27 Januari ini meninggalkan isteri, Puan Sri Jamilah Anu dan lima anak. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ketua-menteri-sarawak-meninggal-dunia-1.430473#sthash.tMRgj59X.dpuf
http://myhomesoil.blogspot.my/2017/01/belasungkawa-alfatihah-adenan-satem.html
No comments:
Post a Comment