KUALA LUMPUR 19 Jan.- Kerajaan diminta untuk mencontohi tindakan negara jiran Singapura menghapuskan sekolah vernakular dalam merapatkan jurang antara rakyat.
Seorang peguam, Fatihah Iliani Jamhari berkata, sekolah vernakular menyebabkan wujud perasaan keberasingan di antara rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
“Singapura telah memansuhkan sekolah vernakular pada tahun 1967. Namun kita di Malaysia masih membenarkannya dan menyebabkan kaum-kaum sangat terasing.
“Selepas lebih 60 tahun merdeka kita perlu mengambil pendekatan yang lebih efektif dan mengambil isyarat dari Singapura yang telah memansuhkan sekolah vernakular,” kata Fatihan yang menjadi salah seorang panelis Wacana Bahasa Melayu, Wasiat keenam Raja-Raja Melayu hari ini.
Wacana yang berlangsung di Dewan Besar Utusan Melayu (Malaysia) Berhad diadakan hasil kerjasama antara Kumpulan Utusan dengan kerjasama Majlis Perundingan Melayu (MPM).
Wacana itu turut mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gabungan Penulis Nasional (Gapena).
Selain Fatihah turut menjadi panelis adalah penganalisis politik, Datuk Dr. Zainal Kling dan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim.
Sementara Profesor Datuk Dr. Firdaus Abdullah menjadi pemudah cara. - UTUSAN ONLINE
http://celahgelegar.blogspot.my/2017/01/contohi-singapura-hapuskan-sekolah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)
No comments:
Post a Comment