Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 2 January 2017

Deklarasi Setapak 1967 : Kesinambungan Malaysian Malaysia oleh DAP

Mungkin ada dikalangan kita yang lahir pada awal tahun 80 dan 90 an tidak tahu akan DEKLARASI SETAPAK yang dibuat oleh DAP pada tahun 1967. Tetapi aku yakin Tun M tahu mengenai isu ini. Tetapi apakah dia DEKLARASI SETAPAK yang dibuat oleh DAP ini?
DAP merupakan “anak” kepada PAP yang meneruskan ideologi perjuangan PAP di Malaysia. PAP telah memerintah Singapura dan kita boleh lihat kesannya terhadap orang Melayu dan agama Islam di Singapura.
Objektif utama DAP ialah untuk membentuk konsep Malaysian Malaysia dengan menjalinkan semua bangsa di Malaysia dengan nilai-nilai moral universal.

Kesan utama dari objektif ini ialah menjadikan seluruh bangsa, kaum dan agama di Malaysia berada pada status yang sama. Akibatnya, tiada lagi keutamaan Islam sebagai agama Persekutuan malah ia akan diganti dengan nilai-nilai moral universal ciptaan manusia.
Para pemimpin DAP dalam Deklarasi Setapak 1967 telah berjanji untuk menegakkan objektif berikut yang menjadi teras perjuangan DAP: “The D.A.P is irrevocably committed to the ideal of a free, democratic and socialist Malaysia, based on the principles of racial equality, and social and economic justice, and founded on the institutions of parliamentary democracy. We believe that it is possible to mobilise the support of the big majority of the multi-racial people of Malaysia in the pursuit of this aim, and we shall regard it as our primary objective to mobilise such support.”
Pemimpin DAP telah berikrar untuk menjadikan Malaysia sebuah negara demokratik sosialis. Perlembagaan DAP telah meletakkan dalam matlamat pertamanya untuk menubuhkan konsep demokrasi yang berlandaskan nilai demokrasi sosial di Malaysia.
Dasar asas DAP seperti yang disebutkan dalam Deklarasi Setapak 1967: “Jika kami hendak memperbetulkan prinsip pembangunan negara di sebuah masyarakat berbilang kaum, maka perkara utama yang perlu dilakukan adalah untuk mengelakkan dari berlakunya hegemoni perkauman oleh mana-mana komuniti. Usaha yang sedemikian mesti ditumpaskan dan disingkirkan sama sekali, atas dasar keinginan dan boleh dilakukan”. Dasar asas DAP ini bersalahan dengan salah satu Wasiat Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957 yang menjamin hak istimewa orang Melayu iaitu : “Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)”. Disamping itu, ikrar untuk menumpaskan dan menyingkirkan yang disebutkan dalam Deklarasi di atas juga adalah penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong dan menyalahi Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Berdasarkan Deklarasi Setapak 1967 yang masih dipegang oleh DAP, ramai ahli-ahli DAP menguasai Majlis Peguam Malaysia dan secara konsisten mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kedudukan raja-raja Melayu, hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. DAP secara halus sentiasa menggerakkan usaha dengan berselindung di sebalik tema untuk mewujudkan keadilan, persamaan dan kesamarataan hak 
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah berikrar dalam Deklarasi Setapak 1967 untuk mendukung Deklarasi Setapak sebagai dasar panduan dan prinsip DAP telah menyebut:

“Racial hegemony in a multi-racial society is certainly an undesirable principle to be adopted anywhere in the world, but in Malaysia, the very composition of our population also makes it impracticable of realisation, for the good reason that in this country, no single racial group can claim to enjoy an overall majority.
The Malays do not constitute a national majority. Neither do the Chinese, nor the Indians, nor anybody else. In other words, any single community in Malaysia, by itself, is outnumbered by the rest. And thereby hangs the obvious lesson that any attempt to violate the principle of racial equality in Malaysia society must lead to inevitable and catastrophic failure.”

DAP memperjuangkan kesamarataan kaum dengan menafikan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal Tanah Melayu yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Ini aku cedok sikit dari penulisan Emma Harith dulu mengenai deklarasi tersebut.
Deklarasi Setapak' - 29 Julai 1967 Jamuan Makan Malam Tahunan Pertama DAP.
Perwakilan DAP secara asasnya bersetuju.
DAP berpegang kuat kapada ideologio satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum serta kesaksamaan sosial ekonomi berasaskan institusi demokrasi berperlimen.
DAP menerima pengunaan bahasa Melayu dan mengakui statusnya sebagai bahasa rasmi tetapi turut menekankan kebebasan pengunaan bahasa lain dalam masyarakat, ia mendesak agar bahasa Cina, Tamil dan Inggeris turut diberi peranan dalam pentadbiran, pendidikan, dan media massa.
DAP memperjuangkan persamaan hak dan mengkritik pengeksplotasian keatas tenaga manusia berdasarkan kaum, ekonomi, sosial, dan kawasan bandar dengan luar bandar.
Sahingga hari ini DAP masih berpegang kapada Deklarasi Setapak 1967.
Didalam gambar yang aku attch adalah satu rujukan dimana isu mengenai bagaimana DAP mahu menlaksanakan DEKLARASI SETAPAK. Apakah mantan PM kita terdahulu tidak tahu akan isu seperti ini? Apakah beliau sudah lupa akan DEKLARASI tersebut? Dan sekiranya beliau ingat kenapa masih lagi sanggup DUDUK SEBANGKU lagi dengan parti yang mahu merosakkan hak istimewa bangsa melayu kita lagi? Apakah Tun M memang sudah menjadi MELAYU YANG SUDAH LUPA SEJARAH KE?
Aku mahu dengar apa Tun akan jawab mengenai isu ini dan juga pada semua penyokong PPBM yang juga menyokong apa saja tindakan GILA yang dibuat oleh Tun hari ini.
Malah bekas ahli DAP dan juga Presiden Parti Alternatif Rakyat Zulkifli Mohd Noor juga memberi amaran dan ingatan pada mantan PM kita agar berhati-hati mahu mengadakan perhubungan "SULIT" dengan Lim Kit Siang tentang Deklarasi ini. Apakah Tun mahu mendengarkannya ataupun tidak? Apakah pula Mukhriz sanggup mengikut apa saja kata bapanya tanpa dia sendiri pada aku tahu akan isu ini juga? Bagaimana pula dengan Muhyiddin dan Shafie? Apakah mereka tidak tahu? Jawapannya ada pada tangan mereka 

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...