Hujung bulan hari yang ditunggu-tunggu banyak rakyat Malaysia sebab harga petrol dan diesel disemak setiap hujung bulan.
Bulan ini (Januari) harga MOPS95 secara purata lebih tinggi berbanding MOPS95 pada bulan Disember iaitu US$69.489/tong bagi Januari 2017 berbanding US$66.553 bagi Disember 2016 iaitu kenaikan sebanyak 4%.
Purata kadar tukaran US Dollar - Ringgit Malaysia bagi Januari 2017 adalah 4.4603 berbanding 4.4590 bagi Disember 2016 bermakna Ringgit susut sedikit iaitu 0.02% secara purata pada bulan Januari 2017 berbanding Disember 2016.
Selepas dikira mengikut formula Automatic Pricing Mechanism seperti saya pernah tulis beberapa bulan yang lepas: http://syahir521.blogspot.my/2016/11/cara-pengiraan-harga-petrol.html harga purata RON95 pada bulan Januari 2017 adalah RM2.27/liter iaitu 17 sen lebih tinggi berbanding harga runcit RM2.10/liter yang ditetapkan pada awal bulan Januari.
Oleh yang demikian saya menjangkakan kenaikan harga runcit RON95 bagi bulan Januari sejumlah 10 sen hingga 15 sen bermula malam ini.
Seperti bulan-bulan yang lepas, saya pasti ada yang tidak maklum bahawa sejak Disember 2014 lagi kerajaan telah melaksanakan sistem apungan terkawal dalam menetapkan harga petrol dan diesel di mana semakan akan dilakukan setiap bulan mengikut purata harga MOPS95 dan kadar tukaran US Dollar - Ringgit dicampur dengan kos-kos tetap seperti kos operasi margin syarikat minyak, pengusaha stesen minyak.
Pasti ada juga suara-suara yang mahu subsidi petrol dan diesel dikembalikan kerana harga minyak global sudah mula meningkat sejak kebelakangan ini. Sila baca saya tulis bulan lepas kenapa subsidi pukal menyeluruh adalah sesuatu yang tidak bagus untuk negara dan untuk golongan berpendapatan rendah: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10211203371578121?match=c3lhaGlyLHJvbjk1
Dalam masa yang sama pasti ada yang akan menyebarkan grafik janji Najib Razak tidak akan menaikkan harga petrol yang dibuat pada tahun 2012 iaitu cubaan memutarbelitkan kenyataan PM dengan mengambil sebahagian kenyataan beliau, dan meninggalkan sebahagian yang lain: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10211221861360354?match=c3lhaGlyLHJvbjk1
Baca bagaimana harga RON95 disemak dan ditentukan setiap bulan di atas, baca kenapa subsidi pukal seperti subsidi petrol dan diesel itu bersifat regresif di atas dan baca juga "janji" Najib Razak untuk tidak menaikkan harga RON95 pada tahun 2012.
Semoga lebih ramai rakyat Malaysia menjadi lebih rasional, berfikir dan matang.
Kredit : FB Syahir
http://daengselili.blogspot.my/2017/01/harga-minyak-naik-februari-2017-ron95.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/vMNZX+(%D8%AF%D9%85%D9%8A+%D9%85%D9%84%D8%A7%D9%8A%D9%88+%D9%84%D9%88%DA%A4%D8%A7+%D9%87%D8%A7%D8%B1%D9%8A+%D8%A7%D9%8A%D9%86%D8%8C+%D8%A7%D9%8A%D8%B3%D9%88%D9%82+%D8%A8%D9%84%D9%88%D9%85+%D8%AA%D9%86%D8%AA%D9%88)
No comments:
Post a Comment