WALAUPUN sudah hampir dua tahun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan, namun masih ada dari kalangan penyokong parti pembangkang yang memainkan isu tersebut.
Sebenarnya mereka tidak mahu mencari atau menerima maklumat yang tepat, sebaliknya hanya bersedia untuk mengambil maklumat yang dimanipulasi oleh para pemimpin mereka sendiri.
Sebab itu tidak hairanlah sehingga ke hari ini masih ada dalam kalangan penyokong pembangkang khususnya di media sosial yang memainkan isu GST membebankan rakyat.
Malah, ada juga yang berkata GST dikenakan kepada semua barang dan perkhidmatan harian, hingga menyebabkan rakyat yang kurang berkemampuan akan berasa terbeban. Sebaliknya, Kerajaan Malaysia telah menggariskan begitu banyak barang keperluan yang dikecualikan daripada cukai.
Malah, Malaysia adalah negara yang paling banyak disenaraikan dalam barangan yang dikecualikan cukai.
Kebanyakan negara telah melaksanakan GST atau turut dikenali VAT kerana tidak berpuas hati dengan struktur cukai kepenggunaan mereka. Ketidakpuasan ini adalah kerana salah satu atau kesemua perkara-perkara berikut:
- cukai kepenggunaan dalam bentuk cukai jualan yang sedia ada tidak memuaskan;
- permintaan untuk mengurangkan kadar cukai lain; atau
- sistem cukai yang sedia ada tidak seiring dengan pembangunan ekonomi.
Bagi Malaysia, pengenalan GST adalah merupakan sebahagian daripada program penyusunan semula cukai oleh Kerajaan ke arah menjadikan sistem percukaian lebih cekap, berkesan, telus, mesra perniagaan dan berupaya menjana punca hasil yang stabil.
GST adalah menggantikan cukai kepenggunaan semasa yang terdiri daripada SST. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan, GST boleh mengatasi pelbagai kelemahan yang wujud di bawah SST iaitu:
- cukai bertindih;
- isu pindahan harga dan pindahan nilai;
- tiada pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barang yang dieksport;
- tidak menggalakkan integrasi menegak; dan
- karenah birokrasi.
Mengapa sekarang?
Kini terdapat pelbagai pengalaman untuk dipergunakan. Dalam erti kata lain, peluang untuk melaksanakan GST dengan jayanya adalah tinggi kerana Malaysia boleh mengambil pengalaman negara-negara lain untuk membangunkan model GST Malaysia.
Selama bertahun-tahun, GST/VAT telah diterima pakai sebagai satu bentuk percukaian yang utama. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 160 negara telah melaksanakan GST/VAT. Hanya pembangkang sahaja cuma menyembunyikan perkara ini demi mahu merosakkan imej Kerajaan. –Agensi/Tv14
http://www.tv14.my/2017/01/07/kenapa-hanya-yang-bodoh-sahaja-akan-bantah-gst/
No comments:
Post a Comment