Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 2 January 2017

MAHATHIR MUNGKIN AKAN INSAF BILA BACA DEKLARASI INI


Sebelum ini MiM telah menulis artikel bertajuk "Perjanjian Rahsia Di Antara Mahathir & Kit Siang Terbongkar" Ianya mengenai satu dakwaan wujudnya pakatan sulit antara Tun Dr Mahathir dan Kit Siang DAP.




Jika menurut sumber Tunku Aziz itu, Mukhriz Mahathir dan Kit Siang akan diangkat sebagai PM dan TPM jika pakatan pembangkang menang pilihanraya umum nanti. 

Tunku Aziz juga berkata tindakan Kit Siang mencalonkan Wan Azizah Wan Ismail dan Muhyiddin Yassin sebagai PM dan TPM sementara hanyalah satu cubaan 'politik mengalih tumpuan' sahaja. Tambahnya lagi, Kit Siang percaya pengundi Melayu tidak akan mengundi pakatan pembangkang jika mengetahui beliau mahu menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tunku Abdul Aziz juga berkata pakatan sulit ini tidak diketahui oleh pemimpin pembangkang yang lain termasuk Wan Azizah, Muhyiddin dan PAN.

Kita tunggu dan lihat pula jawapan Kit Siang dan Dr Mahathir. Kemungkinan besar mereka akan menafikan sekeras-kerasnya walau pun jika benar wujud perjanjian rahsia tersebut. Seperti kata Tunku Aziz,

"Sebagai orang yang pernah berada dalam barisan kepemimpinan DAP sebelum ini, saya tahu mengenai perkara ini dan tahu perancangan Kit Siang sebenarnya.
Saya mengetahui pakatan sulit antara Dr Mahathir dan Kit Siang ini daripada sumber boleh dipercayai dan saya jangka kedua-dua pemimpin itu tidak akan mengaku bertanggungjawab dalam perkara ini,” katanya.
Yang terbaru ialah kenyataan seorang lagi bekas Naib Presiden DAP, Zulkifli Mohd Noor yang memberi amaran kepada Dr Mahathir Mohamad supaya berhati-hati sebelum membuat sebarang perjanjian sulit dengan Lim Kit Siang DAP.
"Di sebalik tabir (pendedahan) Tunku Aziz itu mungkin ada kebenarannya. Dan perjanjian sulit sebegini amat berbahaya kepada rakyat kerana ia akan berlaku, dikotakan selepas PRU14, dan akan mendatangkan kejutan kepada rakyat," ulas Zulkifli.
Zulkifli mendedahkan parti DAP sebelum ini pernah mengeluarkan Deklarasi Setapak 1967 yang boleh menggugat keharmonian antara kaum.
Beliau turut mempersoalkan mantan perdana menteri itu apakah beliau sedar kewujudan deklarasi berkenaan sebelum memeterai perjanjian sulit dengan parti yang pernah dituduhnya sebagai rasis.
"Perjanjian sulit patut diumumkan. Tak perlu sulit. Sebab kita pun mahu tahu perjanjian tersebut, apakah Dr Mahathir biasa membaca Deklarasi Setapak?
"Deklarasi berkenaan dibuat pada 1967, berkenaan apa itu DAP, apakah perjuangangannya. Deklarasi ini sepatutnya dibaca oleh Dr Mahathir. Jika beliau sebagai PM selama 22 tahun dan terlepas pandang siapa itu DAP dan perjuangan pemimpinnya, jika beliau baca kandungannya mungkin Dr Mahathir akan insaf. Bahawa sokongan yang diberikannya terhadap DAP akan memudaratkan negara," katanya kepada Antarapos.
Deklarasi Setapak itu menyebut bahawa DAP mahu 'memperbetulkan' prinsip pembangunan negara dalam sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dengan mengelakkan berlakunya hegemoni perkauman oleh mana-mana komuniti.
Ia juga menyebut bahawa usaha berkenaan perlu ditumpaskan dan disingkirkan sama sekali atas dasar keinginan dan boleh dilakukan.
Dasar yang diambil DAP menerusi Deklarasi Setapak itu bertentangan dengan salah satu Wasiat Raja-raja Melayu pada 5 Ogos 1957 yang menjamin hak dan keistimewaan kaum Melayu.
... Mengaitkan Deklarasi Setapak dalam dakwaan pakatan itu juga, Zulkifli yang juga bekas naib presiden DAP berkata Kit Siang akan menggunakan apa sahaja cara dalam 'menghalalkan' matlamat politik peribadinya dan parti secara keseluruhan.
"Kit Siang cuba naik 'tangga' untuk mencapai Deklarasi Setapak" - seterusnya
Seperti dijangka, Deklarasi Setapak 1967 ini masih lagi terpampang di dalam web rasmi DAP tanpa mereka rasa malu bersalah. Ini secara tidak langsung menunjukkan DAP masih berpegang kepada deklarasi itu. ( https://dapmalaysia.org/parti/matlamat/deklarasi-parti/deklarasi-setapak/)
Deklarasi Setapak memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah  pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera' dan 'bukan Bumiputera' diTENTANG.

Deklarasi DAP ini sangat jelas telah menghina perlembagaan Malaysia yang telah menggariskan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak. Ianya selari dengan Dasar parti cauvinis DAP yang telah beberapa kali MiM dedahkan sebelum ini.

Dasar parti DAP terang-terangan telah menggariskan :


Penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera" dan perlaksanaan kesaksamaan etnik
dan
Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar 'merit dan keperluan'


MiM juga mempersoalkan Fasal II (Matlamat-matlamat) Perlembagaan parti DAP perenggan 4 iaitu :

4. Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi;

Perenggan 4 Fasal II ini tidak menyatakan yang parti DAP mengiktiraf agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Perenggan 4 itu ternyata melanggar Perkara 11 (Kebebasan beragama) dalam Perlembagaan Malaysia yang jelas menyatakan: 

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya. 

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan KualaLumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Terdapat kawalan dan sekatan untuk mengembangkan agama lain di kalangan orang Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan negara TETAPI perlembangaan parti DAP TIDAK mahukan undang-undang yang berbentuk sekatan dan diskrimasi!

Sehingga ke hari, tidak ada satu pun pemimpin DAP yang berani menjawab isu-isu fundamental ini. DAP juga masih takut untuk menyaman Tunku Aziz BACA SINI

Malah, parti cauvinis rasis ini patut diharamkan secepat yang mungkin kerana mereka akan merosakkan kesejahteraan kaum dan keamanan negara ini. 

Baca : http://novandri.blogspot.com/2016/11/sokong-dap-siapa-tipu-mahathir.html
http://novandri.blogspot.com/2017/01/mahathir-mungkin-akan-insaf-bila-baca.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=feed:+blogspot/jcvmw+(dr+mim)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...