Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 31 January 2017

Netizen kesal, marah binaan TOKONG menyerupai MASJID


1 Jamadilawal 1438H, Isnin – Pengguna laman sosial mengecam pembinaan struktur tokong Cina kecil dengan reka bentuk menyerupai masjid di Bandar Bukit Raja, Klang selepas ia tersebar di Facebook.
Rata-rata netizen meluahkan kekesalan dan menyifatkan pembinaan struktur berkenaan sengaja untuk mencetuskan provokasi serta tidak menjaga sensitiviti orang Islam.
Bukan sekadar dicat dengan warna hijau dan kuning, malah tokong kecil itu berbumbungkan kubah dan bulan sabit yang menjadi lambang kepada masjid.


Pemilik akaun Semangat Zaman berkata, binaan kubah yang terdapat pada struktur berkenaan jelas mahu mencetuskan provokasi dan menghina agama Islam.
“Semakin jelas permainan kaum ini…dengan bawa anjing letak dalam troli, kemudian bina kubah atas tokong. Depa ini memang tak jaga sensitiviti orang Islam langsung,” kata May Jer.
Amirul Amir pula menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab ke atas binaan itu sekali gus segera merobohkan struktur berkenaan.
Sementara itu, Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengesahkan pembinaan tokong kecil itu dan berkata struktur berkenaan dibina tanpa kebenaran pihaknya serta Pejabat Daerah dan Tanah Klang.
Media melaporkan MPK sebelum ini telah mengeluarkan notis kepada pemilik struktur itu pada 24 Januari lalu supaya memindahkan atau membuka binaan tersebut, tetapi pemiliknya meminta ditangguhkan sehingga selepas perayaan Tahun Baru Cina. - ISMAWEB
http://celahgelegar.blogspot.my/2017/01/netizen-kesal-marah-binaan-tokong.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...