Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 17 January 2017

Sultan Johor kecam Dr M sudah ‘melampaui batas’

16 JAN : Tun Dr Mahathir Mohamad dikecam Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai ‘melampaui batas’ apabila membuat dakwaan negeri itu ‘menyerahkan tanah kepada orang Cina’.
Perkara itu dinyatakan Sultan Ibrahim dalam wawancara akhbar Inggeris, The Star dimana baginda dilaporkan bertitah ‘amat tersinggung dan disakiti’ dengan beberapa ulasan Mahathir yang dibuat sejak beberapa minggu yang lalu.
“Cukuplah cukup. Selama ini ini beta telah mengelak untuk mengulas mengenai kontroversi mengenai City Forest yang diperkatakan oleh Dr Mahathir dan para penyokongnya.
“Tetapi Dr Mahathir telah melampaui batas dengan kata-kata beliau berkenaan isu tersebut.
“Beliau membuat dakwaan 700,000 rakyat tanah besar China akan tinggal di JB dengan akan diberikan kewarganegaraan dan sebahagian besar tanah telah dijual kepada Cina,” titah baginda.
Sultan Ibrahim juga menyifatkan tindakan Dr Mahathir itu seolah-olah cuba memberi gambaran negerinya itu tidak mempertahankan kedaulatan negara dan perbandingan yang dibuat juga dilihat menghina negeri itu.
“Beliau beri gambaran bahawa Johor serahkan tanah kepada orang Cina dan kami tidak pertahankan kedaulatan negara, membuat perbandingan sehingga tahap bagaimana penyerahan Singapura kepada British,” titah baginda.
Dr Mahathir sebelum ini mendakwa lebih 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Forest City.
Beliau mendakwa warga China berkenaan akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
https://www.bnbbc.my/sultan-johor-kecam-dr-m-sudah-melampaui-batas/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...