Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 9 February 2017

AKHIRNYA MAHATHIR MENGAKU KALAH, AKUI BN MENANG PRU14 NANTI

Tun Dr Mahathir mengaku bahawa pembangkang akan tewas di tangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai pakatan yang dipimpin PAS.
“Perkiraan mereka tak betul,” katanya pada sidang media seusai perbincangan meja bulat “Selamatkan Malaysia” yang digerakkan DAP di The Club@Bukit Kiara semalam.
Beliau berkata demikian menjawab soalan sama ada partinya bersetuju dengan cadangan beberapa pemimpin PAS menggesa PPBM meninggalkan Pakatan Harapan untuk menyertai blok mereka.
Gesaan itu dibuat meskipun Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir bertemu pimpinan kanan PAS bagi memujuk mereka menentang BN secara 1 lawan 1 pada pilihan raya umum nantu.
Bekas perdana menteri itu juga percaya pertandingan 3 penjuru akan tetap berlaku melibatkan Pakatan Harapan, BN dan blok PAS.
Dalam pada itu, Mahathir berharap PAS akan menyertai permuafakatan melawan BN.
Sementara itu, beliau turut cuba menyifatkan demokrasi sebenarnya permainan nombor dan pembangkang perlu membentuk majoriti di Dewan Rakyat sekiranya mahu memerintah Malaysia.
Untuk itu pembangkang perlu meyakinkan orang Melayu, yang membentuk kaum majoriti di Malaysia untuk menyokong mereka, katanya.
Mahathir mendakwa atas sebab itu kerusi Melayu disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan BN kekal berkuasa.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak kononnya menakut-nakutkan orang Melayu menggunakan kad perkauman dan agama supaya masyarakat terus bersama beliau dan BN.
Mahathir teringat dirinya juga pernah digelar ultra Melayu oleh bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew, dan mengambil masa yang lama untuk mengikis label itu dalam kalangan orang Cina.
Menurut Mahathir, atas sebab itu beliau tewas di tangan pemimpin PAS, Yusof Rawa, dengan 900 majoriti undi pada pilihan raya Parlimen 1969 apabila orang Cina mengundi parti Islam.
Bagaimanapun, beliau cuba mengingatkan orang Cina juga yang menyelamatkan beliau dan BN pada pilihan raya umum 1999, semasa beliau menjadi perdana menteri.
Selain itu, beliau cuba menegaskan bahawa beliau membantah penghijrahan warga China secara besar-besaran kerana ia akan mengubah demografi Malaysia dan mengancam dominasi orang Melayu.
Beliau mendakwa warga China membeli hartanah di Forest City, Johor, sebagai sebahagian daripada proses penghijrahan itu.
Di samping itu, beliau cuba menafikan dirinya anti-Cina tetapi pro Malaysia.
“Negara berbilang kaum ini sudah membangun dan makmur dan kita tidak perlu mengubahnya.” katanya.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/02/akhirnya-mahathir-mengaku-kalah-akui-bn.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...