Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 14 February 2017

Bot meletup di Setiawan,Perak Hari ini, 9 Komando 69 cedera


MANJUNG, 16 Jamadilawal 1438H, Isnin – Sembilan anggota Komando 69 (VAT 69) cedera apabila bot yang mereka naiki meletup di Jeti Pangkalan Polis Marin, dekat Kampung Acheh, Sitiawan, jam 9.30 pagi tadi.
Seorang anggota komando terbabit dilaporkan dalam keadaan kritikal. Beliau difahamkan mengalami kecederaan kepala serta dalaman dan kini berada dalam keadaan koma.
Semua anggota komando yang tercedera dihantar Hospital Seri Manjung (HSM) dengan dua daripada mereka berada di zon merah, enam di zon kuning dan seorang di zon hijau.
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Hasnan Hassan berkata, letupan itu disebabkan oleh kerosakan enjin.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Hasnan berkata, berdasarkan siasatan awal, bot itu meletup apabila anggota terbabit cuba menghidupkan enjin.
“Tidak ada bahan letupan pada masa itu. Sembilan anggota cedera tetapi tiada sebarang kemalangan jiwa. Ketika kejadian, anggota terbabit sedang melakukan latihan rutin mereka di Pangkalan Marin,” katanya.
DCP Hasnan berkata, siasatan terperinci akan dijalankan untuk menentukan punca enjin meletup. - ismaweb
http://celahgelegar.blogspot.my/2017/02/bot-meletup-di-setiawanperak-hari-ini-9.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...