“Trial by Media” itu lah yang terjadi kepada kes 1MDB.
Mahathir sengaja membawa isu koperat 1MDB bertaraf tinggi ke jalan raya , kerana memahami rakyat yang tidak berupaya berfikir dan tidak faham selok belok perniagaan koperat akan menjadi hakim.
Bayangkan lah seorang yang seumur hidup membawa teksi , berkebun, menjadi nelayan di hidang kan dengan kisah sensasi 1MDB di mana mereka tidak faham apa itu “SOP” apa itu “short term Loan” apa itu “long term loan” dan macam macam lagi.
Kemudian tentu mereka tidak faham kenapa jual kenapa beli, di mana Mahathir mengambar kan beli itu kesalahan dan jual juga kesalahan, malah meminjam pun salah.
Itu lah yang di lalui oleh 1MDB dan Najib Razak.
Rakyat jalanan menghakimi isu 1MDB dengan pengetahuan terhad dan justeru itu mereka terus menjadi saksi, pendakwa , dan hakim sekali gus.
Keadaan bertambah buruk lagi kerana mereka menghakimi kerana lambakan soalan, dan bukan menghakimi kerana terlihat bukti.
Dan akhir sekali dengan bantuan dari kerja kebencian yang di tanam , mereka membuat penghakiman dan menjadi algojo untuk melaksana kan hukuman.
Kini, semua itu dengan kuasa Allah akan di lalui oleh Tun Mahathir dan Tun Daim, apabila skandal kehilangan wang negara berskala mega bakal di adakan Siasatan Suruhanjaya terhadap nya.
Jika dahulu di era Mahathir, di mana maklumat sangat terhad dan jika ada pun ia maklumat dari pihak kerajaan, kini skandal akan di bicara kan di bawah enviromen dimana rakyat semua boleh lihat dan dapat menonton proceeding nya seperti isu 1MDB.
Jika mereka mahu berpihak dan teguh bersama Tun Mahathir pun itu hak mereka, asalkan mereka sendiri dapat mendengar soalan di aju dan jawapan di beri.
Mereka juga berpeluang menjadi saksi dan hakim untuk menjatuhkan hukuman seperti isu 1MDB.
Sama ada mereka akan jujur atau awal awal sudah berpihak itu ada lah hak mutlak mereka , kerana mereka ada hak untuk berpendirian salah, “the right to be wrong”.
Apa yang penting ada lah orang yang menuduh kecurian wang 1MDB dan tuduhan RM2.6 billion ada lah wang 1MDB yang di masuk kedalam akuan Najib tanpa dapat memberi tarikh sebagai bukti , kini ada lah orang yang akan menjawap kehilangan wang rakyat sejumlah RM40 billion.
Hanya rakyat yang sudah rosak mental sahaja yang akan tidak suka kepada perbicaraan RCI Forex kerana mereka amat bising kepada wang derma.
Kini , Mahathir dan Daim akan jadi tontonan umum , bahkan dunia apabila perbicaraan berlansung.
Sama ada Tun Mahathir akan menjawap dengan jawapan “standard” nya itu “ Saya tidak ingat”, “saya sudah lupa”, “itu ada lah hak dia, apa yang penting Tun Mahathir akan jadi bahan bualan dunia, ia itu pemburu kini jadi buruan.
Pembenci penyelewengan 1MDB kini ada lah orang yang duduk di kerusi menjawap skandal kehilangan wang rakyat dan paling menakutkan , dia perlu menjawap ketika semua rakyat sudah boleh bersuara dalam Media Sosial.
http://www.tv14.my/2017/02/22/mahathir-bakal-lalui-penghakiman-rakyat-di-media-sosial-macam-1mdb/
No comments:
Post a Comment