Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 17 February 2017

Mahathir Mula Buat U-Turn Isu Proton & Rakan Kongsi Asing Setelah Membuat Tuduhan Tidak Berasas



Sebelum ini, regim pembangkang termasuk PBRM, proTun dan DAP begitu lantang mengkritik dan menabur fitnah tentang isu syarikat Proton Holdings Berhad yang sedang mencari rakan kongsi strategik. Kononnya negara dijual dan bakal dijajah oleh negara China serta pelbagai lagi tuduhan yang tidak berasas.

Puak proTun juga menuduh kononnya kerajaan BN cuba melenyapkan legasi  Mahathir, bekas penasihat syarikat Proton itu. Ironinya, hari ini  Mahathir telah mengeluarkan kenyataan yang pasti akan menutup mulut puak-puak pembangkang. 

Kita semua sedia maklum bahawa di antara syarat yang dikenakan kepada syarikat Proton apabila berjaya menerima pinjaman mudah (soft loan) berjumlah RM1.5 bilion daripada kerajaan BN ialah Proton perlu 'mendapatkan rakan kongsi asing terkemuka yang akan membantu dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan menjadi syarikat yang berdaya maju serta berdaya saing di peringkat antarabangsa'.

Hari ini pula, media melaporkan bahawa Mahathir secara peribadi boleh menerima sebahagian saham Proton dijual, namun membantah jika keseluruhannya dijual kepada syarikat asing!

"Kalau tidak ada jalan lain dan perlu untuk jual sebahagian Proton, baiklah. Kita boleh terima, tetapi janganlah sehingga kita hilang langsung Proton." kata Mahathir.


Untuk pengetahuan semua, tidak benar syarikat Proton akan dijual 'keseluruhannya' kepada syarikat asing. Malah, strategi bisnes ini tidak pernah bertujuan untuk menjual sepenuhnya kepentingan DRB Hicom - Proton.

Ketua Eksekutif Kumpulan DRB-Hicom, DS Syed Faisal Albar telah berkata Syarikat DRB Hicom akan mengekalkan pegangan strategiknya di dalam Proton walaupun dengan penglibatan rakan strategik asing yang baharu nanti. Syarikat asing ini akan memegang 51% kepentingan Proton dan bukan keseluruhan syarikat automotif tersebut.

Media juga melaporkan kenyataan Mahathir yang 'mengingatkan Proton Holding agar tidak melupakan vendor komponen kenderaan itu sekiranya termeterai sebarang kerjasama di antara rakan kongsi asing'. 

"Kita takut, vendor kita, pembuat komponen akan hilang peluang untuk terus membekalkan kepada Proton hingga menyebabkan mereka terpaksa tutup." kata Mahathir

Sebenarnya, isu vendor ini merupakan salah satu isu terpenting yang difikirkan oleh kerajaan BN persekutuan. Malah, pemberian pinjaman mudah (soft loan) dari kerajaan BN itu 'sebahagian besarnya adalah untuk membolehkan Proton membayar vendor yang membekalkan komponen kepadanya'. 

DS Mustafa Mohamad sendiri telah 'menyatakan sokongan kerajaan terhadap Proton dan akan sentiasa komited membantu Proton sebagai sebuah jenama kenderaan nasional agar mampu mencapai tahap yang lebih tinggi'. Dan keputusan kabinet membantu Proton itu turut mengambil kira kebajikan kira-kira 60,000 orang pekerja yang bergantung secara langsung kepada masa depan Proton.

Cuma yang menjadi perbualan panas rakyat terutamanya pihak netizen ialah cerita tentang wujudnya kroni Dr Mahathir sebagai vendor Proton. Maka kerana itu beliau sebenarnya 'takut' vendor yang sedia ada akan hilang kontrak mereka. Benarkah? 

Admin berharap 'ketakutan' Mahathir tentang isu vendor ini adalah kerana memikirkan masa depan 60,000 pekerja yang bergantung secara langsung kepada Proton dan bukan pihak vendor itu sahaja. Vendor-vendor ini sudah kenyang dan kaya raya, maka tiada salahnya jika ada vendor yang tidak efektif dan tidak berkualiti diberhentikan.

Dalam masa yang sama, kerajaan mesti mempunyai syarat perjanjian yang kukuh dalam penjualan pegangan Proton dan ianya boleh diguna pakai jangka masa panjang bukan hanya jangka masa pendek sahaja. Kita juga mahukan kenderaan Proton yang lebih berkualiti, bertaraf antarabangsa dan menjadi kebanggaan rakyat.

Penganalisis ekonomi juga berkata bahawa langkah ini adalah sesuatu yang baik bagi memantapkan pendapatan syarikat sekali gus membantu melebarkan pasaran de­ngan lebih luas.

Syarikat manakah yang bakal menjadi rakan kongsi strategik Proton?

1. Geely Automobile Holdings 
2. PSA Group
3. Suzuki Motor Corp 
4. Renault SA


Yang panas diperkatakan sekarang ialah syarikat Geely Automobile Holdings, syarikat gergasi automotif swasta pertama dan terbesar di negara China. Geely adalah jenama kereta paling laris di China setelah mengadakan kerjasama dengan Volvo dan Geely adalah pemilik syarikat Volvo apabila membelinya daripada Ford Motors pada tahun 2009.

Dan kereta Volvo tidak lenyap atau tidak ditukar nama syarikat setelah dimiliki oleh Geely, masih ada di atas jalanraya dengan model-model terbaru mereka! Malah pada tahun 2016, pengeluaran kereta Geely dan Volvo telah mencecah 1,000,000 unit. 

2017 Volvo XC90

2017 Volvo S90

So sekarang, puak pembangkang terutama macai ProTun Bunga PPBM akan tutup mulut dan tidak akan menyentuh isu Proton ini lagi ?!!!!

http://saifultorres.blogspot.my/2017/02/mahathir-mula-buat-u-turn-isu-proton.html?spref=fb

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...