Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 11 February 2017

Mahathir penyebab kuasa politik orang Islam di Malaysia lemah - PAS

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebagai penyebab kuasa politik orang Islam di negara ini dalam keadaan sangat lemah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau menjelaskan, kelemahan itu berpunca daripada strategi dicetuskan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dahulu dengan tujuan menyingkirkan PAS, yang akhirnya memakan diri UMNO serta umat Islam sendiri.
Menurutnya, disebabkan situasi sedemikian, maka PAS mengajak UMNO untuk memperbetulkan keadaan ke arah penyatuan seluruh umat Islam di negara ini bagi mendepani kekangan politik negara yang semakin mencabar ketika ini.
“Keadaan politik bagi Malaysia sangat mencabar dalam suasana orang Islam 65 peratus manakala bukan Islam 35 peratus.
Namun, kuasa politik Islam sangat lemah dan puncanya ialah strategi PM (Perdana Menteri) lalu. Tun Mahathir yang ambil strategi singkirkan PAS. Strategi ini makan diri UMNO dan Islam sendiri dan ini perlu diperbetulkan oleh kita semua. Sebab itu kita ajak orang UMNO, apatah lagi orang PAS untuk perbetulkan keadaan.
“Banyak kalangan kita bersorak (tapi) tak sedar. Semangat (tapi) tak faham bagaimana kita berpijak hari ini apabila dipecahkan kawasan pilihan raya bagi singkirkan PAS,” katanya dalam ceramah pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN Alur Limbat di Marang, minggu lalu yang kini tular di laman sosial.
Abdul Hadi seterusnya berkata, kawasan yang terlibat dengan persempadanan semula itu merangkumi beberapa negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perak yang sebelum ini menjadi kekuatan orang Islam.
Menurutnya, kepemimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu juga mewujudkan kawasan-kawasan campuran antaranya 60 peratus kalangan orang Islam manakala selebihnya bukan Islam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, disebabkan kelemahan dan kedudukan kerusi wakil rakyat Islam yang semakin tergugat, PAS mengambil pendirian tidak menyertai seruan pakatan pembangkang untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap kerajaan di Parlimen sebelum ini.
“Kerusi Islam ada 80 (peratus) dan bukan Islam ada 39 (peratus), tapi ramai tak sedar. Sebab itu kita ambil langkah perbetulkan keadaan, kita tak sokong undi tak percaya. Sekiranya 30 (peratus) wakil rakyat bukan Islam masuk dalam undi tak percaya dan jatuhlah kerajaan (BN).
Bersoraklah kita menang tapi kerusi bukan Islam jadi 80 (peratus) dan kerusi Islam (30 peratus). Redakah kita? Ramai yang tak sedar perkara ini. Takbir kuat tapi tak faham. Sebab itu kita ambil langkah tak sokong undi tak percaya,” jelasnya.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/02/mahathir-penyebab-kuasa-politik-orang.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...